AHMAD SAID NAK BERPAUT PADA PAS?

Kemelut politik Perak menjadi tumpuan sejak dari rompakan kuasa oleh BN Februari lalu. Namun rupa-rupanya kemelut politik juga hebat melanda negeri Terengganu sehingga berlakunya pemulauan ADUN BN terhadap sidang DUN baru-baru ini. Ini merupakan suatu kes yang serius. Sehingga memaksa Najib melantik sepupunya Hishamuddin menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.
Pelbagai pihak mula membuat pelbagai spekulasi terhadap kemelut ini. Ada yang menyatakan akan ada ADUN BN yang akan menyertai PAS atau PKR. Ada juga yang berani membuat spekulasi bahawa sebuah kerajaan baru PR akan dibentuk hasil dari kerjasama kem Idris Jusoh atau Kem Ahmad Said dengan PAS.
Minggu lalu spekulasi baru pula bertiup kencang apabila Menteri Besar Terengganu dilihat mengunjungi rumah ADUN Manir, Datuk Harun Taib yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Walaupun Ahmad Said memberikan alasan kunjungan itu untuk membeli kambing Ustaz Harun namun ramai berpendapat ianya 'ada udang di sebalik mee'. Masakan Ahmad Said sengaja membeli kambing Ustaz Harun sedangkan banyak lagi kambing lain yang boleh dibelinya.
Perkembangan ini cukup menarik minat pemerhati politik. Mungkin Ahmad Said ingin berpaut di dahan PAS. Ini kerana jika ADUN dari Kem Ahmad Said setuju untuk bekerjasama dengan PAS, maka sudah tentu kerajaan campuran Kem Ahmad Said-PAS boleh dibentuk. Mereka mempunyai 22 ADUN ( Kem Ahmad Said 14 + 8 ADUN PAS). Jumlah ini adalah suatu jumlah yang besar dan sudah tentu kerajaan yang stabil dapat dibentuk.

Comments

taiko said…
Tak setuju...
Lebih kurang cam kes Perak je nanti.
Katak melompat takan mampu membentuk kerajaan yang baik
BUJANG SUSAH said…
Salam sofi... off topic jap... smlm ko ceramah kat telokmas ke (aku x pegi) member aku bgtau ko cerita pasal ali ketam tu terlibat dgn rasuah. pastu ko kata dia x layak jadi KM melaka. yg tu memang betul laa.. tp yg x sedapnya ko kata Hassan rahman ADUN sg.rambai tu bersih. dan dia lagi layak jadi KM. Ko x tau, dia tu lagi la lahanat. lagi hancur. dah la sekolah pun x sampai SRP. kat kampung ni mcm2 kes dia. aku malas jer nak cerita. Klau dia ler jadi KM kita, maunya melaka ni dia jual dgn singapura sofi. Mampus kita semua. Sadam husin pun x sezalim dia. Ko nak tau lebih lanjut ko boleh dtg sungai rambai. aku boleh cerita kat ko habis2.
Anonymous said…
Tak payah.......UMNO ni bila dah tersepit baru dia cari org PAS...bila dia kuat nanti....disepaknya kita....kalu nak trengganu biar PAS dan PR menang secara pilihan raya...baru solid....tak de pengacau nanti....
botak said…
di sungai rambai, si bujang susah je yang susah. orang lain semua senang. ko ingat hasan rahman tu bodoh mcm pemimpin pas ke, sampai nak jual melaka kat singapore? walau pun di rabun, maruah dia tak seburuk maruah pemimpin pas n pkr. pas n pkr tu mencemar maruah melayu dan islam je...
Anonymous said…
Tak payah kerajaan campurah..alahai PAS kena la ada maruah sikit...bila susah cari PAS..bila senang terajang sepak lanyak PAS cukup..nak berunding boleh..jadi ahli PAS dan pastu tubuh kerajaan PR yg baru di Terengganu,,,baru padan muka Najib!!!