Kemelut politik Perak menjadi tumpuan sejak dari rompakan kuasa oleh BN Februari lalu. Namun rupa-rupanya kemelut politik juga hebat melanda negeri Terengganu sehingga berlakunya pemulauan ADUN BN terhadap sidang DUN baru-baru ini. Ini merupakan suatu kes yang serius. Sehingga memaksa Najib melantik sepupunya Hishamuddin menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.
Pelbagai pihak mula membuat pelbagai spekulasi terhadap kemelut ini. Ada yang menyatakan akan ada ADUN BN yang akan menyertai PAS atau PKR. Ada juga yang berani membuat spekulasi bahawa sebuah kerajaan baru PR akan dibentuk hasil dari kerjasama kem Idris Jusoh atau Kem Ahmad Said dengan PAS.
Minggu lalu spekulasi baru pula bertiup kencang apabila Menteri Besar Terengganu dilihat mengunjungi rumah ADUN Manir, Datuk Harun Taib yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Walaupun Ahmad Said memberikan alasan kunjungan itu untuk membeli kambing Ustaz Harun namun ramai berpendapat ianya 'ada udang di sebalik mee'. Masakan Ahmad Said sengaja membeli kambing Ustaz Harun sedangkan banyak lagi kambing lain yang boleh dibelinya.
Perkembangan ini cukup menarik minat pemerhati politik. Mungkin Ahmad Said ingin berpaut di dahan PAS. Ini kerana jika ADUN dari Kem Ahmad Said setuju untuk bekerjasama dengan PAS, maka sudah tentu kerajaan campuran Kem Ahmad Said-PAS boleh dibentuk. Mereka mempunyai 22 ADUN ( Kem Ahmad Said 14 + 8 ADUN PAS). Jumlah ini adalah suatu jumlah yang besar dan sudah tentu kerajaan yang stabil dapat dibentuk.
Comments
Lebih kurang cam kes Perak je nanti.
Katak melompat takan mampu membentuk kerajaan yang baik