2MALAYSIA : 2 MENTERI BESAR, 2 SAF EXCO, 2 SPEAKER DAN 2 PRESIDEN

Benar kata sahabat saya Angkasanuri bahawa semenjan 'dua menjak' ini orang suka sangat mempunyai 2 ketua. Sebab itulah di Perak sudah sah PR memerintah BN buat kacau dengan mengujudkan 2 MB, 2 saf Exco dan akhir sekali 2 Speaker.
Semalam satu lagi 'keduaan' terjadi iaitu 2 Presiden. Kali ini Parti Komponen BN iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP) atau Parti Kayveas punya 2 Presiden apabila Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PPP memecat Kayveas dari jawatannya dan melantik Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah sebagai Presiden baru. Malangnya Kayveas tidak mengiktiraf pemecatannya dan perlantikan Murugiah.
Kumpulan Kayveas mendakwa Mesyuarat tersebut tidak sah.
Kemelut yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP) menjadi semakin parah dengan berlangsungnya mesyuarat agung luar biasa (EGM) tersebut yang diadakan di Putrajaya semalam.
Kira-kira 1,000 orang menghadiri EGM tersebut di pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya pagi. Murugiah juga hadir.
Murugiah telah dipecat dari parti itu oleh Presiden PPP, Datuk M Kayveas. Beliau diberi tempoh sehingga 30 Mei untuk membuat merayu.
Perjumpaan semalam juga meluluskan resolusi tidak percaya kepada Majlis Tertinggi PPP yang memecat Murugiah dan enam orang lagi pemimpin parti itu. Satu undi tidak percaya terhadap Kayveas turut diluluskan.Perkembangan terbaru itu dijangka memburukkan lagi krisis kepimpinan PPP sekarang.
Saya menjangkakan selepas akan ada pula 2 mesyuarat agung, 2 mesyuarat biasa, 2 AJK dan semuanya 2.

Malaysia sudah jadi Two Malaysia (2Malaysia) bukan 1Malaysia. Najib tersilap slogan!!!!!!!!!!!

Comments

SINDROM 2MB, 2 SAF EXCO, 2 SPEAKER DAN 2 PRESIDEN DAH JADI PUJAAN PEMIMPIN SEKARANG NIH.

MUNGKIN LEPAS NI SINDROM KAHWIN 2 JADI PUJAAN RAKYAT PULAK..
Salam kontrakwibawa,

Ha..ha..ha.. sindrom kahwin 2???
No way... Aku tak rela... aku akan kecewa!!!
kih...kih...kih...
...yang penting ...ALLAH TETAP SATU/ESA....

Sindrom Kahwin 2...sekiranya ia mendatangkan keuntungan dalam berdakwah/Islam , tidak menjadi masalah...

Tetapi kalau sekadar mengikut hawa nafsu...maka...
aljunuban said…
mcm hadi awang (angsa) tu la.. dah terpalit dengan sindrom kawin 2. bukan 2 je, siap 3 lagi. silap2 4.. hahaha.. angsa...angsa...