1 MALAYSIA, HANYA UNTUK NAJIB DAN KUNCU-KUNCUNYA

Sebagaimana yang disangka, keganasan dan kezaliman sudah menjadi 'legacy' pemimpin kerajaan BN walau sesiapapun yang memerintah.
Pada hari pertama diangkat menjadi PM, Najib cuba menunjukkan sikap yang manis dan baik apabila membebaskan 13 orang tahanan ISA dan mengembalikan permit untuk Harakah dan Suara Keadilan diterbitkan. Namun telahan dan sangkaan rakyat bahawa Najib hanya berlakon semakin terserlah.
Buktinya semalam beberapa orang ditangkap atas sebab yang tidak munasabah antaranya merayakan harijadi Altantuya dan lain-lain. Hari ini Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu pula ditangkap tanpa sebarang waran.
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.
Nyata sekarang bahawa Najib lebih ganas dan biadap dari Tun Abdullah sebagaimana yang diramal oleh ramai orang.
Konsep One Malaysia Najib sebenarnya hanyalah konsep untuk menyelamatkan dirinya, keluarganya serta kroni-kroninya. Zaman Najib demokrasi dan undang-undang ditolak ke tepi. Buktinya dapat kita lihat esok apabila kuasa Speaker DUN Perak dipinggirkan demi untuk meneruskan kesinambungan kejahatan dan kebiadapan BN di Perak.
Najib tidak belajar dari kesilapan pemimpin BN terdahulu. Sepatutnya inilah masa untuk Najib menunjukkan kebaikan dirinya. Beliau sepatutnya membuat reformasi total bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Namun bukan pujukan dan kebaikan yang Najib tunjukkan kepada rakyat tetapi kezaliman, kebiadapan dan kejahatan yang terpaksa dibayar oleh rakyat.
Maka Insya Allah BN akan semakin cepat ditalkinkan dengan tindakan kerajaan pimpinan Najib ini.

Comments

nak pujuk kalau org dengar kata dan ikut undang2. pada yg degil, khianat dan langgar undang2 ISA lah jawab nya.