TRAGEDI 13 MAY DI DUN PERAK?

13 Mei adalah tarikh terakhir Sidang DUN Perak mesti dilakukan, jika tidak DUN akan dibubarkan. Hari ini mahkamah memutuskan Speaker DUN Perak, Sivakumar tiada kuasa untuk menahan MB dan 6 Exco dari menghadiri Sidang DUN.
Keputusan ini memberikan harapan untuk Zambry untuk meneruskan tugasnya sebagai MB. Namun pemerhati melihat bahawa Sivakumar masih mempunyai kuasa untuk menahan MB dari hadir sidang DUN.
Saya menjangkakan isu ini tidak akan selesai kerana banyak lagi kes mahkamah akan dibicarakan. Malah PR mungkin membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah dari ini.

Comments

Anonymous said…
tak boleh rayuan. sebaba mahkamah persekuuan adalah mahkamah tertinggi
Anonymous said…
might is power - power is might
Anonymous said…
Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanjaya Pilihanraya) kompeten menentukan samada terdapat "casual vacancy" bermaksud (tersirat) keputusan EC bahawa Kerusi DUN tidak kosong dan EC tidak perlu mengadakan piliharaya kecil adalah sah disisi undang2. Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat. Turutan dari keputusan bahawa EC berhak menentukan kekosongan kerusi DUN bermakna 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, Maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN?

Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat "judicial review" (semakan Undang2) terhadap keputusan EC bahawa “perletakkan jawatan “3 katak Pakatan Rakyat” itu meragukan dan tidak boleh pakai. Itupun jika dilayan (with leave) mahkamah.

Tambahan pula, kini Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan MB Dato Zambry dan EXCOnya tidak sah. Apabila mahkamah persekutuan memutuskan bahawa pergantunggan Dato Zambry dan Exconya batal dan tidak sah bermakna secara implikasinya, sidang dibawah pokok itu yang dibuat tanpa kehadiran mereka2 itu mengikut turutannya juga terbatal dan tidak sah.

Apapun perlu ditekankan juga bahawa sidang dibawah pokok itu tidak mendapat perkenan sultan. Maka jika dibuat diDewan pun tidak sah, apatahlagi dibawah pokok.

Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu pada - 15 Mei 2009. (lihat Komen saya terhadap rancangan “Hujah-Krisis Perak, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009)

Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

Apa pun, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah juga diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2 Hujah-Krisis Perak NTV9 pada 31hb Mac 2009.

PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” DUN adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.

Isu utama yang tinggal kini ialah samada Dato Seri Nizar masih seorang MB.

Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 hb Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.

Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan Undang2 Sultan. Bukankah semua undang2 memerlukan perkenan Sultan juga?

Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berpelembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berpelembagaan.

Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (dibawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN2/ Ahli2 Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.

“Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsur2 komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti2 subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja2 – Kanun Keseksaan).

Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (jabatan Undang2 Awam)
Fakulti Undang2 IIUM