Semakin hari semakin banyak dalil yang menunjukkan SPR menjadi keldai tunggangan BN. Harapan yang Pengerusi baru SPR Aziz Yusuf akan melaksanakan pembaharuan selepas mengambilalih tampuk kepimpinan dari Rashit Abdul Rahman hanya tinggal harapan apabila SPR semakin terserlah kearah menjadi 'parti komponen' BN atau menjadi satu sayap dalam Biro Umno.
Sehari dua ini SPR beriya-iya benar untuk menghad bilangan penyokong yang hadir pada hari penamaan calon yang saya tidak nampak rasionalnya. Mungkin kerana BN gagal mengerah penyokong yang ramai pada hari penamaan calon maka SPR cuba menghadkan kehadiran penyokong. Nampak jelas apa juga tindakan SPR mengubah undang-undang dan peraturan pilihanraya ada kaitan dengan kepentingan BN.
Sebelum dalam kes 3 DUN di Perak ramai mempertikaikan tindakan SPR yang didakwa mengambilalih tugas Speaker menentukan kesahihan surat perletakan jawatan ADUN.
Semalam SPR sekali lagi mencetuskan kesangsian di kalangan rakyat. Kali ini SPR dilihat cuba bermain mata dengan BN apabila menangguhkan keputusan mereka samada akan mengadakan pilihanraya kecil atau tidak. Apakah SPR ingin memberikan masa kepada BN menyelesaikan masalah mereka atau SPR sedang mencari jalan untuk sekali lagi tidak mengadakan Pilihanraya Kecil sebagaimana di Perak dahulu.
Segala isu yang saya bangkitkan diatas sudah cukup untuk dijadikan dalil bahawa SPR sudah lebih dari layak untuk menjadi parti komponen terbaru BN atau setidak-tidaknya menjadi sayap terbaru dalam Umno.
Comments
Dakwaan Terhadap Fairus Dan Keputusan SPR Tangguh Pengumuman Tarikh Pilihanraya, Adakah Ianya Berkaitan?
Regards,
GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/
KENA INGAT, KELDAI2 NI DI BERI MAKAN OLEH RAKYAT JELATA...
JANGAN SAMPAI RAKYAT KATA KELDAI2
NI SEMUA KELDAI BONGOK SUDAHLAH....