SIDANG DUN BN VS SIDANG DUN PR

BN Perak akan memanggil Sidang DUN pada 7 Mei antara lain bertujuan 'memecat' Speaker DUN sekarang V.Sivakumar melalui usul undi tidak percaya dalam DUN tersebut. Notis persidangan DUN dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan yang telah dilucutkan jawatan oleh Speaker iaitu Abdullah Antong Sabri.
Persoalaannya:-
1) Adakah notis tersebut sah setelah Abdullah dilucutkan jawatannya?
2) Adakah persidangan itu sah jika ianya dilangsungkan juga?
Jelas sekali kemelut politik negeri Perak terus tidak tentu hala, haru biru dan caca marba ekoran dari tindakan BN merompak kuasa rakyat.
Sebelum ini Speaker DUN Perak, V Sivakumar telah menggantung jawatan setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri kerana mengeluarkan notis untuk mengadakan sidang DUN pada 7 Mei lalu tanpa pengetahuan dan persetujuannya.
Sivakumar berkata, beliau menggantung tugas Abdullah kerana mengeluarkan notis tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan ketidakpatuhan.
Sehingga ini masa depan politik negeri Perak terus kabur. Persoalannya jika Persidangan DUN 7 Mei ini tidak sah, adakah DUN Perak akan terbubat dengan sendiri kerana tidak bersidang melebihi 6 bulan.???

Comments