SELAMAT BERSUKAN WAHAI NISA' KU

Saya mengucapkan Selamat Bersukan kepada seluruh anggota Nisa seluruh negara yang akan berkampung di Shah Alam pada 25 April ini.

Semoga semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Jadikan sukan ini sebagai tempat untuk beriadah dan merehatkan fikiran di samping merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan anggota Nisa.

Selain dari itu jangan lupa banyak pengajaran dan pengalaman yang pasti akan ditimba dari sukan ini baik sebelum, semasa dan selepas sukan ini dijalankan.

Ilmu-ilmu kepimpinan, kesabaran, strategik & taktik, pengurusan masa, hubungan sesama manusia, 'convincing skill', 'negotiation skill', perancangan, 'budget' dan sebagainya sudah pasti akan ditimba secara sedar atau tidak.

Saya doakan sukan ini akan menghasilkan sesuatu yang baik demi masa depan perjuangan Islam.

Comments