ROMBAKAN KABINET UMNO : RASUAH, SALAH GUNA KUASA, KONTROVERSI DAN SKANDAL TERUS DIHALALKAN

Terbukti Najib meneruskan tradisi Umno dengan tidak mengambilkira integriti dan akhlaq seseorang bagi dilantik menjadi pemimpin Umno.

Pemimpin yang ternyata terlibat dengan rasuah dan salah laku seperti Mohd Ali Rustam dan Adnan Yaakub terus dikekalkan menjadi Pengerusi Perhubungan Umno negeri masing-masing sedangkan Ali didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno. Manakala Adnan terlibat dengan kontroversi saman RM63 juta baru-baru ini.

Saya hairan apa kriteria yang diambil kira oleh Najib sehingga kesalahan besar seperti itu pun tidak dapat dilihat oleh beliau. Begitu juga dengan Tengku Adnan yang dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Umno, di mana Ku Nan juga penuh dengan kontroversi.

Jadi jelaslah bahawa pemimpin Umno dan dasar Umno memang merestui rasuah, salah guna kuasa dan kontroversi serta skandal.

Rakyat wajib melihat perkara dan mesti terus menolak Umno kerana sudah pasti Umno tidak akan berubah walaupun ketuanya berubah.

Comments