RAKYAT TETAP MAHU NAJIB BERSIHKAN NAMA

100 % rakyat Malaysia yang saya temui semuanya mengharapkan Perdana Menteri Malaysia (bukan PM Umno sahaja), Najib Razak membersihkan namanya dari dakwaan busuk akhbar luar negara. Mereka rata-rata hairan mengapa PM Najib tidak berbuat demikian demi nama baik Malaysia dan PM sendiri.
Rakyat Malaysia muak untuk menjawab soalan rakan-rakan mereka dari luar negeri yang sering bertanyakan mereka akan kesahihan dakwaan itu. Ada yang menelefon, menghantar email, menggunakan facebook dan sebagainya, semuanya bertanya pasal kematian wanita Mongolia Altantuya Shaaribu yang dibomkan dengan C4.
Bagi mereka apa yang hendak mereka jawab selain berkata no comment, itu sahaja agaknya jawaban yang boleh diberikan oleh seorang rakan dalam bahasa jawa bila rakannya dari luar negara bertanya akan hal itu.
Jadi saya mengharapkan PM kesayangan kita ini cepat-cepat mengambil tindakan mahkamah ke atas semua media luar negeri yang memburuk-burukkan nama beliau.
Malah ada antara mereka yang sanggup bergolok bergadai untuk membiayai kos guaman itu jika PM Najib sanggup menyaman media-media yang jahat itu.

Comments

kembara putih said…
Saya tengah tunggu bila keluarga Altantuya nak saman kerajaan Malaysia, PDRM dan Kementerian Pertahanan. Kan rekod imigresen anak mereka masuk Malaysia dipadamkan dengan sengaja oleh pegawai kerajaan, anak mereka telah dibunuh dengan sengaja oleh pegawai polis Malaysia, dengan guna bom C4 kepunyaan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Bukan najib saja yang bertanggung jawap atas pembunuhan Altantuya.
Kita sebagai warga Malaysia turut bertanggung jawap.
polis itu kita yang bayar
Pistol Glock kita yang bayar
peluru 9mm kita yang bayar
Bahan letupan c4 dan blaster cap kita yang bayar
imigresen kita yang bayar
Mahkamah juga kita yang bayar gaji

Wang rakyat telah di gunakan untuk bunuh orang , wang rakyat di pakai untuk tujuan maksiat.
Kalau aku nak tambah kan lada untuk lebeh pedas.
Aku akan kata orang Islam yang telah bunuh Altantuya.
Saudara Sofi, sila seru semua rakyat Melaka untuk bangkit dan sedar akan bahaya umno.
Umno telah jejaskan nama baik agama.

Catatan dari Saudara Kembara Putih cuma sebahagian sahaja.
Ada lagi maklumat yang belum di umum kan tentang kenapa Altantuya atau Amina terpaksa di bunuh.
Saya percaya ada bukti yang akan datang dari sumber-sumber luar negara .
Anonymous said…
setiap individu islam akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. jika bersetuju dengan pemimpin yang maksiat, munkar dan zalim maka individu berkenaan adalah sebahagian daripadanya.