PUHAT BEDOL KETUA DEWAN PEMUDA BUKIT KATIL YANG BARU

Puhat Bedol (gambar) dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang baru bagi sessi 2009-2011. Perlantikan beliau dibuat pada Mesyuarat Agong PAS Kawasan Bukit Katil disebuah hotel di Bandar Hilir hari ini.

Nazri Ariffin dan Ustaz Abu Bakar Ramle masing-masing diamanahkan sebagai Timbalan Ketua dan Naib Ketua manakala Ahmad Rafa'i Hassan, Mohd Firdaus Abdul Hadi, Sufian Sahat, Tuan Haji Rizal Idris dan Sazali G Habib dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa.

Selain itu Aizuddin A Karim, Bakhtiar Bashar dan Jauhar Md Dawi juga dipilih oleh perwakilan sebagai AJK.

Mesyuarat Agong tersebut dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik. Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Haji Salim Tahir.

Dalam ucapannya Ustaz Kamaruddin mengingat pemuda agar terus komited dan istiqamah dalam perjuangan yang maha mencabar dalam era kepimpinan baru Umno dan BN yang sudah tentu akan memberi tekanan hebat kepada perjuangan PAS.

Dalam ucapan penangguhannya, Puhat mengingatkan dirinya dan semua ahli Pemuda Bukit Katil agar memuhasabah diri masing-masing bagi mempersiapkan diri untuk meneruskan kerja-kerja Islam dengan lebih istiqamah.

"Saya bukanlah orang terbaik untuk memimpin Dewan Pemuda ini namun kita mesti bekerja secara berjamaah bagi menjayakan semua program dan hasrat perjuangan Islam" kata Puhat.

Comments