PRK PENANTI : NAJIB PERDANA MENTERI DAN PRESIDEN UMNO PALING LEMAU

Kenyataan Presiden Umno bahawa BN kemungkinan besar menarik diri dari bertanding pada Pilihanraya Kecil Penanti membuktikan bahawa beliau Presiden Umno dan Perdana Menteri paling lemau pernah dilahirkan oleh negara kita Malaysia.
Tidak pernah dalam sejarah seorang Presiden Umno membuat kenyataan yang BN kemungkinan tidak bertanding pada mana-mana Pilihanraya Kecil. Kenyataan Najib semalam menunjukkan bahawa beliau seorang penakut dan pengecut.
Kita semua tahu Najib bukannya berniat untuk menyelamatkan duit rakyat hangus jika berlaku Pilihanraya Kecil tetapi sebenarnya beliau takut BN akan kalah sekali lagi. Kekalahan sudah tentu akan menambahkan contengan arang di muka beliau sudah penuh dengan hitam legam arang selepas kalah 4-0 dalam PRK sebelum ini.
Usahlah Najib hendak berdolak dalik sedangkan dirinya sendiri takut kepada bayang-bayang sendiri lantaran masalah kronik yang sedang dialami oleh Umno dan dirinya sendiri.
Semalam Najib Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.
Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.
"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan semalam sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.

Comments