PRK PENANTI : BN TAK PERLU TANDING JIKA MAHU JIMATKAN DUIT RAKYAT

Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa berkata jika benar BN ingin menyelamatkan duit rakyat dari dibazirkan maka jangan bertanding pada PRK Penanti.

"Jangan hanya cakap sahaja tidak mahu bertanding tetapi bila tiba hari penamaan calon mereka menghantar calon pula".

"Kita ingin melihat sejauh mana keikhlasan BN dalam membuat kenyataan. Masalahnya setiap kali Pilihanraya kecil BN bukan sahaja menghabiskan duit rakyat dengan projek mee segera malah menggunakan jutaan duit rakyat untuk mengangkut dan menempatkan Polis berkampung di kawasan pilihanraya" kata Husam.

Katanya, perbelajaan di pihak BN juga puluhan juta pada satu-satu pilihanraya dan kita tidak tahu dari mana mereka mendapat duit sebanyak itu.

"Dahlah SPR belanjan ratusan ribu mungkin mencecah setengah juta, BN pula sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat untuk kepentingan mereka".

"Menteri-menteri datang berkempen menggunakan kereta kerajaan dan agensi-agensi kerajaan semuanya menggunakan duit rakyat" ujar Husam dalam ucapan beliau pada majlis Hi-Tea anjuran Persatuan Anak-anak Melaka di Perantauan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.

Jadi, kata Husam, jika benar-benar Najib dan BN ikhlas ingin menjimatkan duit rakyat maka tidak perlulah mereka meletakkan calon di Penanti. Apatah lagi DUN Penanti merupakan tempat yang hampir pasti akan menguburkan BN sekali lagi.

Comments