PRK BUKIT GANTANG : PETUGAS JADI HAMBA ABDI

Petugas biasa BN hanya mendapat sekitar RM300 seorang selama 10 hari berkempen sedangkan Ketua Bahagian dan calon mendapat ratusan ribu. Adakah ini adil???? Sudah ianya tidak adil.

Petugas BN yang bekerja siang malam bersengkang mata, mengerah kudrat dan keringat tanpa mengira hujan dan ribut hanya menerima habuan sebanyak itu. Mereka ibarat hanya mendapat kuah, sedangkan ketua mereka mendapat isinya.

Maka saya sangat setuju dengan seruan Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim yang menasihatkan petugas BN di Bukit Gantang supaya menutup semua bilik gerakan dan pos BN kerana mereka dianaktirikan.

Bagi saya petugas BN bukan sahaja dianaktirikan malah dijadikan HAMBA ABDI sedangkan orang atasan mereka mendapat habuan yang begitu banyak dan mewah.

Zahar memberitahu bahawa ketika beliau berada dalam Umno peruntukkan sebanyak RM800,000 diberikan kepada Umno Bahagian Taman Medan, Petaling Jaya tetapi petugas hanya mendapat RM500 sahaja untuk 10 hari. Kenyataan beliau saya petik dari Harakahdaily.

Manakala wang selebihnya, tambah beliau disimpan oleh calon dan Ketua Bahagian Umno.

"Saya menyeru petugas Umno di sini balik dan tutup bilik gerakan kerana upah yang diterima sedikit dan tidak tahu sumber itu halal atau tidak," kata Zahar lagi.

Terbukti BN bukan sahaja bertindak tidak adil dan cuba menipu PR dan penyokong PR malah sesama penyokong sendiri pun mereka tipu dan mereka zalimi.

Seorang penyokong PAS, Jauhar Md Dawi yang datang dari Melaka menyatakan kekesalannya kerana petugas BN terus ditipu oleh pemimpin atasan. Beliau bertugas membantu jentera PAS Melaka di Peti Undi Kuala Terong, Kampung Temerlok dan Tebok dalam DUN Trong.

"Malang sekali kepada petugas BN sudahlah mereka bekerja membantu BN yang suka kepada kerja-kerja maksiat seperti menghalalkan judi, pelacuran, konsert gadis-gadis seksi dan sebagainya, malah upah pun tak dapat" kata Jauhar.

"Kami petugas PAS tidak diberi sebarang upah malah kami keluar duit sendiri untuk datang ke Bukit Gantang, tapi kami puas hati kerana kerja kami adalah untuk menegakkan kebenaran, Insya Allah kami akan dikurniakan ganjaran oleh Allah S.W.T" tambah Jauhar lagi dengan yakin.

Comments

Anonymous said…
Kasihan petugas BN. Wang begitu banyak dicambah yang sapu ketua-ketua cawangan dan ketua peti undi. Di Bendang Siam katanya bujet beli seekor lembu nak buat jamuan, ketua sapu RM5000. beli daging 50kilo saja. Di Terong pula seorang veteran umno ceramah suruh pangkah BN, rupanya semua yang hadir petugas dari luar Terong. Kesian.
Anonymous said…
inilah kerja org pas terutama sofi wahab yg suka menghasut orang....
Anonymous said…
sdr sofi,

bagi aku peduli apa hal BN nak bg apa kat petugas diaorang. yang penting pas sndiri perlu ukur di badan kita sendiri.

mmg kita dah tau mmg perangai BN mcm tu. lantak pi lah. yang kita pun turut sama nak jadi mcm diorang apa hal?

sedar skit, masalah pas sbnarnya lebih teruk daripada BN. cuma bezanya orang BN makin lama makin bodoh. Harap2 hapuskan pemimpin2 pas yang mcm tu. biarkan Bn pedulikan diorang dgn hal sendiri.
Anonymous said…
beza dengan PAS. Pagi ini aja, seorang hamba Allah kat Sg Petani baru aja sedekah wang RM10,000 untuk beli lembu 6 ekor buat kenduri di pondok2 panas PR di sekitar Bkt Selambau.
Tak perlu pun menonjol diri.
Anonymous said…
Dulu I pun petugas BN & dapat upah RM50.00 sehari. Semasa bertugas di pusat undi, saya mengenali beberapa pihak petugas PR masa itu & terkejut , sesen pun mereka tidak terima. Malahan kena keluar duit sendiri & berkeja siang malam atas 'VOLUNTEER'.
Amat kagum degan petugas ini....thier dedication.

Tetapi walaupun I petugas BN, saja dan segelintir petugas sokong PR dimasa mengundi.

Saya berjanji , I akan jadi volunteer pertugas PR & I tidak akan dibeli dengan $.

X-Bee.End
Anonymous said…
mcm tu le PEKEMBAR.. tak akan berubah selagi org org yang sama kat atas.. duit tu gak le nanti digunakan untuk kempen pemilihan UMNO akan datang.. bagi AHLI PEKEMBAR ni.. takpelah.. hamba pun hamba.. janji dpt DUIT kan.. cayolah!!!
Putra IJ80 said…
"Kami petugas PAS tidak diberi sebarang upah malah kami keluar duit sendiri untuk datang ke Bukit Gantang, tapi kami puas hati kerana kerja kami adalah untuk menegakkan kebenaran, Insya Allah kami akan dikurniakan ganjaran oleh Allah S.W.T" tambah Jauhar lagi dengan yakin".

Kalau ada yg.menafikan ungkapan ini secara langsong atau tidak.,maka ia sasungguh nya menanggoung dosa.

Yang pasti ada beberapa rakan saya yg.bertugas.,di Jabatan penting kerajaan,bercuti seminggu,.

Semata mata datang membantu calon PAS.

Datang dgn kereta,menyewa van dgn duit poket sendiri.

Selain mengawal pondok,ada kala nya terpaksa menghantar Muslimah balik(Lewat malam) kerana Muslimah berkenaan pada siang nya bertungkus lumus membantu kempen rumah ke rumah.

Smuer kerja ini memerlukan duit, minyak dan makan minum tidak ada sebarang peruntukan dari party.

Hampir dua jam kami sempat berbual di hadapan Shell station simpang empat malam tadi.

Walau pon dilihat keletihan,di antaranya janggut tumbuh kerana tak sempat bercukur,tapi wajah mereka masih ceria dan penoh kepuasan.

Ini lah Petugas petugas PAS yg.rata rata begitu .
Anonymous said…
inilah yg banyak rakyat jadi cempera dgn keeraa jaaann ameno/bn ni.duit khazanah negara mcm duit mak/bapak depa.rakyat yg pekak selalu ingat duit nibe end punya.jadi klau dpt free hohh habih londeh laa.dia xserupa otak org2 PAS.depani ada komitmen yg tinggi pd perjuangan parti.betui betui sungguh.kalau otak org2 PAS mcm otak ameno,dah lamadah PAS ni rhuyukk.kita tengok lah nanti kalau umurk panjang... be end tertiarap emeno punya org boleh bangkrap oooh.hampa pikiark tengoklah.
Anak Perelih said…
Sepanjang pilihanraya 2008, setiap bilik gerakan BN di Perlis menerima peruntukan 2 kali sebanyak RM1000 = total RM2000. Ada cawangan yang menggunakan kesemua duit tersebut untuk kenduri, beli barang dan diberi kepada petugas... tapi ada cawangan yang hanya menggunakan separuh dari itu sahaja dimana petugas mereka mendapat kurang dari petugas di bilik gerakan yang lain (yang guna kesemuanya)... separuh lagi dibaham ketua cawangan... ini cerita betul....
Dulu waktu saya bantu DAP chuma dapat air botol mineral dan kadang-kadang di bungkus air teh sahaja.


Apa-apa duit makan atau nasi bungkus tak ada. Poket sendiri bayar sendiri ponya makan.
Kita ada jengok dan berkawan dengan orang kempen bn /mca punya pondok panas dan wow! Kipas,wang petrol ,KFC dan minuman kotak dibekal dan mereka kata ada terima upah 100 sehari.
Apa yang saya dapat terima chuma 2 t shirt dan 1 topi dan hati yang penuh gembira bila calon kita PR/DAP Menang dengan majoriti/lebehan undi 18000!