PRK BUKIT GANTANG : MENTERI 'AGAMA' MALUKAN ISLAM, HINA ORANG CINA?

Memalukan!!!! Itu komen saya ketika membaca laporan Malaysiakini bahawa BN berkempen menggunakan gadis seksi berpakaian menjolok mata. Lebih memalukan majlis nyanyian dengan penyanyi seksi itu diadakan semasa Menteri 'Agama', Ahmad Zahid Hamidi hadir. Jelas inilah Islam yang cuba di bawa oleh Zahid dan BN iaitu tidak mengenal halal haram.

Ini tidak menjadi suatu kesalahan bagi Islam Hadhari kerana nyanyian dengan penyanyi berpakaian menjolok mata sebegini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Mungkin dalam Islam Hadhari program nyanyian dengan pakaian begitu akan mendapat pahala. Sebab itu Menteri 'Agama' pun hadir dalam program itu.

Saya mengharapkan jentera PAS dapat menyebarkan pekong BN ini yang jelas membawa ajaran sesat dengan mengHALALkan program maksiat sebegini. Lebih teruk lagi mereka mengajak rakyat supaya turut sama menjadi seperti mereka yang cintakan maksiat.

Lebih mengejutkan Zahid cuba memberikan alasan bahawa nyanyian dengan penyanyi menjolok mata adalah sebahagian daripada budaya Cina.

Betulkah apa yang dikata oleh Zahid ini. Adakah kebudayaan orang Cina suka penyanyi seksi dan pakaian menjolok begini.? Setahu saya kebanyakan pakaian tardisi dan kebudayaan Cina tidak menjolok mata seperti itu. Malah kebanyakan penyanyi dan pelakon opera Cina memakai pakaian ala Kimono Jepun dengan menutup seluruh tubuh mereka.
Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina." Laporan ini disiarkan dalam Malaysiakini hari ini.
Program nyanyian tersebut diadakan ketika Zahid berkempen pama Majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang malam tadi.

JELAS ZAHID MENGHINA KEBUDAYAAN DAN ORANG CINA ITU SENDIRI DENGAN MENUDUH NANYIAN DENGAN PAKAIAN MENJOLOK MATA ADALAH KEBUDAYAAN CINA.

Comments

Ya betul kata Saudara Sofi, orang Cina pun dah muntah darah dengan sifat perangai bongkak / samseng /celaka umno yang kata itu budaya Cina.
Sejak bila tarian dan pakaian jenis itu dijadikan budaya orang Cina?
Budaya Cina adalah lebeh dari 5000 tahun.

Lazim nya untuk acara ceramah dan orang ramai budaya Cina ialah tarian singa, opera klasik zaman dahulu kala , pertunjukan Wushu ,catur Cina ,pertandingan buat TangLung , seni lukisan klasik Cina dan tulisan kaligrafi.

Bukan nya tarian dan nyayian itu yang pakai separuh bogel...itu ialah budaya umno yang rasuah di otak dan budaya rasuah di dalam poket.

Bukan budaya Cina dan bukan nya budaya orang Asia .
Dia sendiri tak malu tak apa, sebab memang budaya dia orang umno tapi jangan malukan orang lain.

Dan 2 ekor munkee yang kata PKR ada offer 1million untuk mereka 2 ekor supaya jangan tanding di Selembau.
Sejak bila PKR ada wang untuk urusan "jual & beli" 2 ekor munkee tu?
PKR bersama Pas dan DAP pon belum cukup wang untuk sewa meja,pentas dan tempat duduk.
Semua nya sumbangan iklas dari penduduk dan penyokong .
Malahan sekuriti PKR datang dari unit sekuriti sumbangan pihak Pas.

Terima kasih kepada para rakyat yang prihatin kerana sudi buat derma dan sumbangan kepada Pakatan Rakyat untuk 3 kawasan pilihan raya.
Putra IJ80 said…
Sangat mengaibkan bila komen Menteri itu,yang die faham kebudayaan kaum itu sebegitu,malah di kawasannya juga ada kira kira 20% Kaum itu yg.begitu kuat memberi sokongan pada nya.

Ini bukan soal sokongan atau Budaya kaum itu,

Ia nya menglibatkan Maruah saorang Menteri yg.ada hubung kait dgn Agama.

Jika begitu lah sambutan yg.di berikan,sebaik nya Menteri itu cepat cepat cabut meninggalkan sebagai tanda protes, dgn cara baik.

Malu ,cukup memalukan ,Kami dalam lingkongan 20hn30hn ini pon tidak tergamak menghadiri Tarian seumpama itu.,apa lagi di khalayak ramai.

Apa nak jadi dgn Menteri ini.

Ada kalanya kelihatan begitu Alim di hadapn Kaabah sedikit masa yg.lalu,tiba tiba hari ni..menonton tarian yang menampakan tubuh Pompan.

Kalau nak menang PRK pon jangan jual maruah begitu morah.
nur said…
asyik nak memberikan imej yang negatif pd BN. kenapa tidak bercerita mengenai benda lain...tambah dosa kering jer