PILIHANRAYA KECIL : JUTAAN WANG RAKYAT HANGUS BEGITU SAHAJA

Dalam perjalanan pulang dari Bukit Gantang ke Melaka petang Isnin lalu, saya dan rakan bertembung dengan sederetan lori Polis dan lori treler panjang yang muatannya motosikal Polis trafik putih.

"Aik, tak cukup lagi ke motosikal polis trafik di Bukit Gantang, kan dah banyak tu, sampai satu traffic light 5,6 orang jadi Pak Pacak" dengus rakan saya spontan.

Saya menjawab " kan Bukit Selambau pun nak guna, sebab ramai 'penjenayah' dan 'peragut', kaki rasuah pun ramai di sana".

Itulah senario yang berlaku di kawasan PRK ini. Cuma saya tidak tahu keadaan di Bukit Selambau dan Batang Ai. Tetapi saya yakin di Bukit Selambau sama sahaja fenomenanya dengan Bukit Gantang. Cuma Batang Ai mungkin kurang sedikit kot kawasan pedalaman.
Selama 3 hari saya berkampung di Bukit Gantang, saya rasa pelik dan ajaib kerana bilangan Polis yang begitu ramai seperti juga di Kuala Terengganu. Apa justifikasi menyebabkan Polis 'memunggah' begitu ramai anggotanya ke sana. Hendak di katakan berlaku pergaduhan besar tidak ada kedengaran. Hendak dikatakan ada rusuhan jauh sekali. Jadi apa sebabnya? Saya rasa sangat pelik dan hairan.
Bayangkan khemah Martek, Subtek dan macam-macam Tek bertaburan di Bukit Gantang. Lori dan water cannon FRU berderetan di tepi jalan; lori, land rover, black maria, kereta peronda, motorsikal dan sebagainya menghiasi hampir sepanjang jalan di Bukit Gantang. Kenderaan tersebut semuanya memakai minyak, minyak dibeli dengan duit rakyat. Elaun anggota kena bayar. Kalau 5,000-10,000 anggota digunakan berapa banyak duit rakyat digunakan.

Khemah besar lengkap dengan generator, air-condition, tandas, bilik mandi, katil, bilik dan sebagainya semuanya mungkin di sewa. Berapa sewa? jangan tanya. Semuanya dibayar dengan duit rakyat.

Helikopter Polis juga digunakan. Bukannya ia pakai minyak RM1.90 seliter, ia memakai minyak yang mahal, semuanya rakyat bayar. Maintenance helikopter bukannya boleh dibuat di kedai motor Ah Seng, tetapi mesti dilakukan di hangar dan mesti di'approved'kan oleh License Aircraft Engineer yang kompeten.

Special Branch atau 'Barua' memang ramai. Setiap markas/pos PAS dipantau oleh 'Barua-Barua' ini. Semua 'Barua' dari negeri lain di bawa ke Bukit Gantang. Tempat kami menginap di Kampung Kuala Terong juga diintip 'Barua'. Malah setiap masjid dipantau oleh 'Barua'. Mungkin 'Barua' ini tidak sedar bahawa mereka juga dipantau oleh Raqib dan Atiq.

Semasa Ustaz Mutalib Maarof memberikan Tazkirah lepas Maghrib di Masjid Sg Bemban, 2 orang 'Barua' tanpa segan kepada Allah dan Raqib serta Atiq mencatat apa sahaja yang diperkatakan oleh beliau. Salah seorang 'Barua' itu datang dari Jasin. 'Barua' ini semuanya membazirkan duit rakyat dengan pembayaaran elaun dan sebagainya kepada mereka.

Semua anggota dan kenderaan serta prasarana ini dibayar dengan duit rakyat. Namun saya ingin mengajak para tetamu supaya memikirkan apakah tujuan mereka dibawa ke sana sehingga menghanguskan duit rakyat puluhan juta. Adakah untuk menjaga keselamatan atau untuk mengekalkan kuasa BN?

Rakyat 3 kawasan PRK ini mesti menolak calon BN untuk mengajar mereka tidak menggunakan duit rakyat sewenang-wenangnya.

INILAH POLITIK LAMA YANG DIAMALKAN OLEH BN YANG TIDAK SERIK-SERIK SEJAK SEKIAN LAMA MEMPERKUDAKAN HARTA RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN MEREKA.

SAYA AKAN TUNTUT SEMUA INI DI MAHKAMAH ALLAH PADA HARI PERBICARAAN DAN PEMBALASAN NANTI.


Comments

Grand Marquis said…
Bukankah itu yang PR mahu. Bukan setakat bukit gantang aje, mereka mahu seluruh dun perak dibubarkan hanya semata-mata kegagalan mereka sendiri dalam percaturan politik perak.

Jadi kenapa sibuk persoal tentang pembaziran sedangkan masa sebuk kempen pembubaran dun perak, mereka langsung tak peduli.

Dibukit selambau pun satu hal. Dah elok-elok rakyat pilih wakil, pi resign. Last last wang, tenaga dan masa kita hangus semata-mata nak buat PRK.
rakyat geram said…
sapa yang mmbazir ms pilihanraya?
PR ke BN?
PR nk plhanraya sbb nk serahkan kuasa memilih kpada rakyat jelata....
BN plak dgn sesuka hati merampas kerajaan negeri pilihan rakyat...

pilihanraya xkn jd membazir kalau BN xpakai sume duit rakyat untuk kepentingan diorang...

pilihanraya xkan jd membazir kalau BN bertanding scara adil dan berkhemah...

pilihanraya xkn jd mmbazir kalau jentera2 kerajaan tak dikerah untuk memenangkan BN....

pilihanraya xkn jd mmbazir kalau projek2 mee segera xdijalankan hanya utk memancing pengundi utk
undi BN....

so, sape y buatkan pembaziran skrg?

ada akal x?

lu pikirla sdri!
Anonymous said…
Dalam pilihanraya parti yang bertanding. Salah gunakan khazanah kerajaan untuk parti yang bertanding itulah membazir. Semua rakyat tak kira parti apa bayar cukai. Cukai itu harta kerajaan. Kerajaan ini KERAJAAN MALAYSIA bukan KERAJAAN BN. Siapa majoriti dia perintah itu saja. BN membazir khazanah KERAJAAN MALAYSIA untuk menangkan pilihanraya. Inilah bentuk kezaliman dan tidak amanah.
Anonymous said…
Kemenangan memihak kepada PAS di Bukit gantang. Akan berlaku undi protes dari UMNO sendiri. Kempin sulit sedang berjalan. Wamakaru wamakarullah.
Tokwan said…
SALAM TO GRAND MARQUIS.........
SAYA SOKONG KENYATAAN RAKYAT GERAM, YANG MEMBAZIR BILA KERAJAAN MENGGUNAKAN JENTERA KERAJAAN..UNTUK APA? UNTUK DAPATKAN KUASA DAN MEMENUHI ISI PERUT PEMIMPIN........YANG KAYA AKAN BERTAMBAH KAYA SEDANGKAN RAKYAT TERUS MENDERITA
Grand Marquis said…
Saya berbicara sebagai seorang rakyat yang bosan dengan permainan politik kedua-dua pihak. Dua-dua gila kuasa, rakyat menjadi mangsa. Orang miskin tidak terbela, duit habis kat pilihanraya, untuk apa?

Bayangkan kalau seluruh dun Perak dibubarkan, berapa juta atau billion yang terpaksa dibelanjakan semata-mata untuk sesuatu yang tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat.

Kepada penyokong fanatik PR, bangunlah dan sedarlah dari kepompong fanatik parti politik anda. Bukan kita suruh anda sokong BN. Tapi jangan kerana benci anda pada BN sampai bila PR buat salah pun anda tak nampak. Kalau anda semua nak kutuk BN pun kutuklah. Saya ni pun bukannya sokong mereka sangat, cuma saya menyampah bila ada pihak yang hanya nampak salah orang lain aje.
pali said…
grand marquis....selalunye dlm PRK kite leh nmpk dgn kepale mate kite sendiri parti mane yg lebih membazir...muntah kedarah duit rakyat....dun perak xkn dibubarkan kalau mat bijan dan kuncu2nye dari bn x rampas kuase secare haram di bn....duit khazanah kerajaan yg ditaja oleh rakyat digunakan utk membeli adun2 pr yg x ikhlas berjuang....duit utk projek mee segera....duit bayar elaun polis...kemain rmai polis bile tibe mse PRK sedangkn byk lagi kes2 jenayah blm diselesaikan....nape??...kat bukit gantang byk sgt gangster ke smp upah polis ramai2??...x msk akal btl...dan last but not least,adun bukit selambau xkn ltk jawatan jika x digertak oleh kuncu2 mat bijan....bekas adun bukit selambau risaukan keselamatan diri die dan keluarge..sebab tu die resign....kalau ko kat tempat die mst ko pun risaukan diri dan famili ko.....lu pikirlah sendiri!!
Anonymous said…
Kenapa pulak hang marah dengan polis tak tentu pasai ni. Dia orang nak jaga keselamatan supaya hangpa tak buat ikut suka hati macam mawas dalam utan. rampas kuasa apa masa wakil BN pi kat hangpa, hangpa kata baguiuh, mata lebam pun kata itu demokrasi. bila untung demokrasi, bila rugi rampas kuasa. Hangpa yang mula dulu nak rampaih kuasa. yang mata lebam rancang 16 sept tak jadi tu bukan percubaan rampas kuasa ka?
jangan la nak bodohkan orang kampong. hampa ni macam budak-budak. pukoi orang lepas tu keriau macam lotong kata orang pukui hampa.