PRK BUKIT GANTANG, BKT SELAMBAU, BATANG AI : SELASA YANG MALANG BUAT NAJIB

Ramai pemerhati menjangkakan Selasa ini merupakan Selasa yang malang buat Perdana Menteri Keenam Malaysia, Najib Razak.

Selepas mengambilalih tampuk pemerintahan dari Pak Lah, Najib cuba mengambil hati rakyat dengan mengumumkan pembebasan tahanan ISA yang terdiri dari pemimpin Hindraf dan menarikbalik penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan guna untuk memancing undi rakyat di ketiga-tiga PRK. Namun dari maklumbalas yang tidak terima ianya tidak memberi kesan kepada pola pengundian kerana rakyat sudah faham ianya dibuat kerana tujuan untuk memancing undi.

Beberapa pemerhati politik professional dan kedai kopi sepakat meramalkan PAS akan menang dengan mudah di Bukit Gantang. Manakala PKR menang tipis di Bukit Selambau dan juga membuat kejutan di Batang Ai.

Hasrat Najib untuk membuat mengembalikan imej BN yang tercalar tidak kesampaian kerana beberapa faktor, antaranya :-

1) Imej rasuah Umno sudah tidak mampu dibersihkan
2) Imej Najib sendiri yang jelas buruk dan penuh dengan kontroversi
3) Kemasukan Dr Mahathir dalam Umno menambahkan kebencian rakyat kepada BN dan Najib di mana rakyat melihat Najib akan mengikut telunjuk Mahathir
4) Peranan Rosmah dalam pentadbiran Najib didakwa memualkan rakyat
5) Ekonomi negara yang tidak menentu dan gagal diatasi oleh Najib sejak menjadi Menteri Kewangan
6) Tindakan Zahid Hamidi menghina orang Cina dalam isu tarian dan nyanyian seksi menambahkan kemarahan pengundi Cina
7) Kematian seorang lagi tahanan Bangsa India di Ipoh menambahkan kebencian pengundi India kepada BN
8) Tindakan BN yang mengamalkan POLITIK LAMA menggunakan isu perkauman, raja dan agama benar-benar merimaskan rakyat dan akhirnya beralih sokongan kepada PR
9) Faktor calon PR diketiga-tiga PRK yang lebih berkarisma, mesra rakyat dan disenangi semua golongan ternyata mengecilkan peluang BN untuk menang
10) Jentera BN di ketiga-tiga kawasan ternyata lemah dan tidak bersemangat terutama di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mencerminkan bahawa penyokong BN sendiri sudah tidak sepenuh hati menyokong BN.

Tidak syak lagi muka Najib akan terconteng Selasa ini. Ia merupakan satu tamparan hebat buat Najib di kala 'inai masih merah' dijari.

Comments

tok mudim said…
• Apa yang perlu diperkatakan bahawa pemimpin PAS sudah hilang keIslamannya. seolah-olah pelakon filem yang sedang beraksi mencari pengaruh, kini menjadi kenyataan. Sebagai contoh didalam kes khalwat Mat Sabu - Norma misalnya. Walau dalam apa jua bentuk sekali pun apabila lelaki dan perempuan yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa mahramnya atau tidak kerana darurat, Islam tetap menghukumnya salah. Mahkamah Syariah Kelantan telah menghukum tidak bersalah adalah disebabkan fakta-fakta perundangan yang tidak cukup untuk dihukum bersalah, kerana perbicaraan tersebut melalui proses undang-undang dunia, sedangkan Mat Sabu tidak boleh terlepas daripada dosa terhadap Allah s.wt. Yang anehnya dalam kes tersebut, YA.B. Dato’ Nik Ab. Aziz telah hilang pedoman dan melakukan kesilapan besar terhadap Islam yang dipelajari dan diajarinya. Atas dasar hukum Islam manakah yang menyebabkan Tok Guru meletakkan politik lebih atas daripada hukum Islam. Adakah Islam mengharuskan wanita yang ajnabi berdua-duaan di dalam satu bilik ? Mereka berdua-duaan di dalam bilik Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan sehingga sempat pegawai pencegah maksiat dan pemberita datang. Fikir fikirkan