PRA-MUKTAMAR PAS : USTAZ HADI DITENTANG, MAT SABU TANDING TIMBALAN PRESIDEN?

Buat pertama kali Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang kemungkinan ditentang untuk jawatan Presiden pada Muktamar PAS tahun ini. Setakat ini seorang calon lain untuk jawatan Presiden telah dinamakan apabila PAS Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam. Samada Tuan Guru Mursyidul Am menerimanya atau tidak belum dapat kita pastikan.
Bagi saya tidak ada salahnya untuk jawatan Presiden PAS dipertandingkan kerana ia menggambarkan bahawa demokrasi berjalan dengan subur dan baik di dalam PAS. Ini berbeza dengan Umno yang sememangnya sudah lama mematikan demokrasi di dalam parti lapuk tersebut.
Sementara itu Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pula sedang mempertimbangkan sokongan akar umbi untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Setakat ini beliau belum mengumumkan secara rasmi untuk bertanding jawatan tersebut.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Mohamad Sabu akan berbuat demikian jika beliau mendapat bilangan pencalonan yang memberansangkan.
Bagi saya pertandingan merebut jawatan di dalam PAS tidak menjadi kesalahan dan masalah. Ini kerana pemimpin PAS sudah matang dan mempunyai tarbiah. Insya Allah kita di dalam PAS tidak akan ujud rasuah (politik wang), fitnah memfitnah, lobi melobi dan sebagainya.
Semua kita mengamal dan beriman kepada Ayat Al-Qur'an "dan bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan, jangan kamu bertolong-tolongan dalam perkara kejahatan".
Insya Allah pertandingan merebut jawatan di dalam PAS akan sentiasa menghasilkan sesuatu yang baik dan menambahkan ketaqwaan ahli dan pemimpin.
Tok Guru Mursyidul Am telah berpesan bahawa hanya pemimpin yang layak sahaja sepatutnya menawarkan diri untuk bertanding.

Comments

Anonymous said…
InsyaAllah, semuanya akan tetep diredhai Allah SWT...