Dari dahulu saya tanamkan dalam diri saya bahawa perebutan jawatan di dalam PAS adalah perebutan untuk melakukan kebaikan bukannya berebut-rebut untuk pangkat dan kuasa seperti yang ahli dan pemimpin Umno kejar selama ini.
Ini kerana jawatan dalam PAS akan menjanjikan kepada kita perkara-perkara berikut :-
1) Tak naik pangkat
2) Kena tukar kerja
3) Di caci, dihina dan sebagainya
4) Masa dan duit habis untuk perjuangan
5) Tidak ada masa untuk bersenang lenang
6) Amanah yang besar mesti ditunaikan
7) Kewajipan sebagai seorang Islam berjuang menegakkan Islam.
dan lain-lain ..............
Oleh itu bagi saya pertandingan untuk menjadi ketua dan pimpinan di dalam PAS adalah perkara biasa dan digalakkan bagi kita mencari ketua yang benar-benar sanggup berjihad dan berkorban. Apa yang kita kejar adalah keredhaan Allah dan kita berusaha untuk menegakkan kalimah Allah di atas dunia ini.
Jadi sepatutnya tidak ada unsur lobi-melobi, fitnah memfitnah, surat layang dan sebagainya. Ahli dan perwakilan mesti pandai memilih dan menilik siapa yang sebenarnya mereka akan angkat menjadi pemimpin.
Pemimpin yang tidak sanggup berkorban masa, duit dan diri mesti diketepikan dalam usaha kita menjadikan parti kita semakin mantap dan gagah. Pemimpin juga mesti berpandangan jauh, berkarisma, mempunyai daya kepimpinan yang baik, tahu merancang dan memandu jemaah untuk mencapai target yang dituju.
Comments