PENANTI TUNGGU TELATAH BARU PEMERINTAH

Kekosongan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang mengundang reaksi baru dari pemerintah negara ini dengan cadangan untuk tidak mengadakan pilihanraya kecil.

Perdana Menteri sendiri memulakan komen dengan membayangkan tidak patut berlaku pilihanraya kecil atas perletakan jawatan wakil rakyat tanpa sebab.Suruhanjaya pilihanraya (SPR) mengambil masa hingga rabu depan untuk bermesyuarat menentukan status kes Penanti berkenaan.

Secara tiba-tiba pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut bersuara dengan nada yang sama menyebelahi pandangan tidak patut berlaku pilihanraya kecil dalam keadaan ini.Semua ini adalah telatah terkini pemerintah yang masih terkial-terkial selepas kalah dalam pilihanraya kecil dua bukit 7 April lalu.

Orang ramai memang masih ternanti-nanti apakah yang akan diputuskan pemerintah kerana alasan pilihanraya akan menghabiskan banyak wang hanyalah untuk menyembunyikan keburukan pemerintah dalam menguruskan pilihanraya.

Memang pilihanraya akan menjadi sumber kepupusan wang rakyat apabila ia diurus secara tidak telus dan tidak profesional seperti yang diamalkan selama ini.

Apabila berlaku pilihanaya kecil wang rakyat telah dihanguskan dengan pelbagai projek "mee segera" yang memang tujuannya jelas untuk memancing undi.Kelulusan projek segera seperti ini juga dipercayai bagi membolehkan para kontraktor menyumbang wang panas untuk membantu calon parti pemerintah.

Ini tidak dikira tindakan klandestin lain seperti membiayai 13 calon bebas di Bukit Selambau. Dari mana wang diperolehi untuk melakukan semua ini kalau tidak eksploitasi dana awam yang dibiayai rakyat.

Bagi mengendalikan satu pilihanraya yang telus dan bersih bukan memerlukan biaya yang besar.

Hanya pilihanraya kotor dan penuh ekspoitasi tajaan BN yang memerlukan biaya berlipat ganda.

Sumber : Purnamakelantan

Comments

Anonymous said…
Tengok jer nanti beruk-beruk UMNO terkinja-kinja......
Anonymous said…
Pakatan Rakyat diingatkan agar tidak leka dengan kejayaan yang dikecapi sekarang malah perlu lebih berwaspada berhadapan dengan berbagai muslihat puak-puak taghut ini yang sanggup melakukan apa-apa saja asalkan dapat mencapai matlamat mereka! - AYOP BHAI, DPKL