PEMUDA UMNO PMTG PAUH GALI KUBUR SENDIRI

Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh menggali kubur sendiri apabila kesemua ketua Pemuda di 24 cawangan Umno di kawasan DUN Penanti, mahu BN meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil di situ.

Ketua Pemuda bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata mereka mahu pilihanraya, orang muda semangatnya lain

Saya tidak hairan mengapa pemimpin di peringkat bahagian dan akar umbi memang mahu pilihanraya kecil diadakan kerana semasa kempen nanti mereka akan mendapat durian runtuh kerana BN sudah tentu akan mengeluarkan duit yang banyak macam air untuk dibelanjakan oleh jentera kempen.

Kebanyakan duit ini akan disalurkan melalui Umno Bahagian, Pemuda dan Wanita Bahagian. Maka kenyang lah pemimpin di peringkat bahagian. Pekerja-pekerja Umno di peringkat bawah hanya dapat kuah tetapi pemimpin bahagian dapat isi dengan habuan yang banyak. Sebab itu mereka beriya-iya benar menggesa BN meletakkan calon kerana mereka tahu banyak duit akan 'masyuk' poket mereka.

Comments

One 4 all said…
Boleh bangkrup UMNO/BN kalau prk selalu diadakan. Tah tah dah bangkrup pun sebabtu tak nak letak calon.