PEMIMPIN KERAJAAN NEGERI MELAKA TAKUT ISYTIHAR HARTA

Terbukti barisan kepimpinan kerajaan negeri Melaka yang diketuai oleh Perasuah, Mohd Ali Rustam takut untuk mengisytiharkan harta masing-masing. Memang kita menjangkakan bahawa Ketua Menteri dan barisan exconya sudah pasti tidak akan berani mengisytiharkan harta masing-masing kerana mereka semuanya mempunyai harta yang jauh dari kemampuan masing-masing. Dari mana harta itu mereka dapat itu ianya perlu diselidiki oleh SPRM.

Speaker DUN Melaka yang sepatutnya meluluskan permohonan DAP agar usul ini dibahaskan pada Sidang DUN akan datang sebaliknya menolak usul tersebut untuk menjaga kepentingan Ali Rustam dan Exconya.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Dawi dalam kenyataannya kepada Blog Mutaligat kesal dengan sikap Speaker yang jelas tidak menunjukkan sikap professional dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.

"Sepatutnya beliau meluluskan usul ini untuk dibahaskan dan kemudian wajar diterima oleh semua ADUN demi untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pemimpin kerajaan negeri adalah bersih dan berintegriti".

"Pemimpin Kerajaan Negeri Melaka sepatutnya bersedia untuk membentangkan dan mengisytiharkan harta mereka sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor" kata Jauhar.

Menurutnya selagi Mohd Ali dan Exconya enggan mengisytiharkan harta masing-masing selagi itulah rakyat Melaka akan terus sangsi kepada integriti dan ketelusan pemimpin kerajaan negeri.

Jauhar mencadangkan supaya kerajaan negeri bersikap proaktif dengan mencontohi kerajaan negeri Selangor secepat mungkin walaupun usul yang dibawa oleh DAP agar pemimpin kerajaan negeri mengisytiharkan harta ditolak Speaker.


Comments