PEMILIHAN PAS : JANGAN TERPENGARUH DENGAN MEDIA

Saya mengharapkan seluruh pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terpengaruh dengan mainan media yang cuba melaga-laga pemimpin PAS dengan melabelkan mereka dari kem-kem tertentu.

Terbaru mereka melabelkan mereka sebagai kumpulan pro-kerajaan perpaduan dan pro-Pakatan Rakyat. Sebelum label seperti kumpulan Erdogan dan bukan Erdogan. Ini semua adalah perang saraf yang dilontarkan ditengah-tengah kehangatan pemilihan PAS yang sedang diperingkat pencalonan di peringkat kawasan.

Saya berasa yakin bahawa ahli dan pimpinan PAS sudah matang dengan sepak terajang dan mainan media yang memang suka memecahbelahkan PAS.

Seperti biasa pemilihan dalam PAS tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada perpaduan dalam PAS. Hatta jika ada pemilihan di peringkat Presiden pun saya yakin PAS tetap akan utuh dan padu kerana kita berpegang kepada Al_Qur'an dan Hadis tidak sebagaimana Umno yang berprinsipkan kepada hawa nafsu.

Comments