PEMBEBASAN 13 TAHANAN ISA DAN TARIK BALIK GANTUNG HARAKAH JUGA PROJEK MEE SEGERA BN

Ternyata BN bukan sahaja menggunakan projek pembangunan sebagai projek mee segera malah pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan balik penggatungan Harakah dan Suara Keadilan juga adalah projek mee segera yang digunakan untuk memancing undi.

Ini terbukti kerana mengapa sekarang BN mengumumkan perkara itu sedangkan tuntutan itu sudah lama dilakukan oleh keluarga tahanan ISA dan PR.

Selain dari untuk menaikkan imeh Najib, tindakan tersebut juga adalah untuk mengabui mata pengundi di 3 kawasan PRK sebagai usaha untuk memancing undi.

Namun saya yakin rakyat sudah matang dan dapat berfikir secara waras dengan menolak BN yang secara menjadikan projek mee segera pembangunan dan tindakan ini sebagai rasuah politik untuk memenangi pilihanraya kecil.

Comments

Anonymous said…
Apakah pembebasan tahanan ISA langkah bijak atau sebenarnya memomokkan ISA itu sendiri?

bahawa ISA perlu dikaji/semak. Apa maksudnya? Dihapuskan? Tentu tidak. Jika tidak, apa pula? Bukankah ISA untuk menjaga keselamatan Negara atau kepentingan politik? Ataupun supaya kem tahanan samada diKamunting atau disimpang Renggam ditingkatkan supaya mesra alam dan mesra pelanggan?

Pada pandangan saya, seseorang yang sudah dikenakan tahanan pencegahan samada dibawah ISA, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langka Pencegahan Khas) 1985, dan atau Ordinan Darurat (Kesejahtaraan Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 antara lainnya merupakan orang yang sangat bahaya kepada masyarakat kerana “tindak tanduk” mereka mempunyai kesan negative yang menyeluruh kepada masyarakat berbanding mereka-mereka yang didakwa dimahkamah atas mana-mana kesalahan dibawah mana-mana undang2 bertulis seperti Kanun Keseksaan contohnya.

Maka pelepasan tahanan pencegahan perlu dibuat berhati-hati kerana melibatkan hal keselamatan Negara bukannya atas dasar kepentingan politik. Apa sebenarnya perhitungan pelepasan meraka2 itu tetap menjadi tanda tanya dan menimbulkan persoalan besar samada mereka-mereka itu sememangnya ancaman kepada keselamatan Negara?

ISA bukan undang2 yang boleh diperlekehkan.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin:
Pensyarah Undang2 IIUM