PAS BUKIT KATIL DAPAT YDP BARU?

Blogger Angkasanuri mendakwa saya akan diamanahkan sebagai YDP Baru PAS Kawasan Bukit Katil. Dari mana beliau mendapat maklumat ini saya pun kurang periksa. Ianya bukan 100 % benar kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan.

Amanah tersebut merupakan suatu yang besar dan berat untuk dipikul. Namun sebagai anggota jemaah saya akur dengan sebarang keputusan jemaah.

Jika benar jemaah mengamanahkan saya untuk memegang apa-apa jawatan ianya merupakan amanah yang besar hatta sebagai Pemeriksa Kira-kira.

Dengan jiwa yang kerdil dan rendah diri saya akur dengan keputusan jemaah. Saya memang sukar untuk menolak apa-apa jawatan kerana harapan besar yang diletakkan kepada kita. Namun kita mesti mengukur kemampuan kita untuk memikul amanah tersebut. Jangan ianya menjadi fitnah kepada diri sendiri dan jemaah.

Amanah untuk memegang sesuatu jawatan di dalam PAS bukan suatu kebanggaan malah ianya merupakan suatu ujian yang berat. Ujian datang dari luar dan dalam. Kita semua faham bahawa perjuangan Islam mempunyai musuh yang sentiasa mencari jalan untuk memadamkan nur Islam itu sendiri.

Dari itu persediaan mental dan spritual amat penting bagi memastikan diri kita tahan uji. Saya memohon kepada Allah agar tidak menguji saya dengan ujian yang berat.

Comments

Anonymous said…
Kalau teringin cakap je lah teringin. Tak payah berbasa basi.
InsyaALLAH ...mula-mula YDP....kemudian YB...walaubagaimanapun...walauapa pun suratannya pada 8J Awal/ 3 Mei 09.... yang penting memikul amanah yang dipikul dengan Ikhlas kerana ALLAH demi menegakkan syiar ISLAM...