NAKHODA ZAMAN YANG SUDAH LAPOK DAN TIDAK RELEVAN

Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) mesti mampu menjadi parti 'nakhoda zaman' untuk membawa perubahan kepada negara ini.

Perdana Menteri berkata, apa yang beliau maksudkan sebagai parti 'nakhoda zaman' ialah BN perlu melakukan perubahan mendahului zaman yang sepatutnya dilakukan oleh semua pemimpin BN.
Bagi BN mesti menyedari bahawa BN adalah nakhoda zaman yang sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi. Sebab itulah di Semenanjung mereka tewas semua Pilihanraya kecil (4-0). Hanya di Sarawak sahaja mereka menang 1 kerusi, itupun penuh dengan kontroversi.
Najib Razak tidak perlu mengeluarkan pelbagai slogan dan tag line kerana rakyat sudah lama mengenali siapa Najib Razak, pemimpin BN dan parti-parti komponen BN. Politik lama yang mereka amalkan iaitu perkauman, pembangunan dan kezaliman akan terus ditolak rakyat.

Comments