Perdana Menteri sebelum Najib semuanya mengambilalih tampuk pemerintahan dengan berita gembira dan suasana politik yang stabil dan kondusif.
Namun bagi Najib beliau terpaksa berdepan dengan isu diri sendiri, politik dalaman Umno yang bercelaru, politik dalam BN yang tidak menentu, kelemahan BN yang ketara, rekod buruknya di mata dunia, keadaan ekonomi yang goyah dan teruk serta bermacam-macam lagi masalah yang cukup menekan dan membelenggu anak Tun Razak ini.
Secara ringkas saya nukilkan masalah yang masih kusut dan masai 'sekusut' dan 'semasai' fikiran Najib :-
1) Kontroversi dalam dirinya tentang isu Altantuya dan komisen kapal selam masih belum terjawab dan dibersihkan.
2) Masalah rasuah dalam Umno semakin parah dan membarah
3) Masalah parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan terus menghantui BN
4) Kekalahan demi kekalahan yang dialami BN membuktikan rakyat menolak BN dan Najib
5) Tuduhan dan dakwaan akhbar luar negeri terhadap keterlibatan Najib dalam kes Altantuya sedikit sebanyak mencemarkan nama baik Malaysia dan Najib. Sepatutnya Najib menyaman semua akhbar tersebut bagi membersihkan nama beliau, malangnya sehingga ini Najib berdiam diri.
6) Kegawatan ekonomi negara masih gagal ditangani Najib
7) Slogan yang digunakan Najib ternyata tidak diterima rakyat bahkan ianya hanya slogan recycle yang diciplak dari orang lain.
8) Sikap kerajaan pimpinan Najib yang tidak mahu berubah dengan meneruskan legacy kerajaan BN terdahulu seperti pengekalan ISA, PPSMI, AUKU dan lain-lain menyebabkan rakyat tidak mempercayai Najib dan BN
Serta banyak lagi isu yang membelenggu Najib yang jika sekiranya tidak diatasi dengan segera sudah tentu akan menyebabkan rakyat semakin mual dan jelak dengan BN.
Comments
terlalu bnyk kesilapan wajib diperbetulkan...bukannya imej perlu diperlihatkan...tapi semuanya wajib lahir dari hati yang INSAF dan IKHLAS kerana ALLAH SWT semata2....barulah ALLAH SWT reda dan keberkatannya akan nampak di mata hati rakyat....