KM TIDAK BERMARUAH, LUCAH PULA

Malang sekalibagi rakyat negeri Melaka mengangkat seorang Ketua Menteri yang tidak bermaruah dan tiada harga diri. Sudahlah dibuktikan bersalah terlibat dengan rasuah dan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno kini bercakap pula perkara lucah dan kotor. Kata orang bercakap ikut sedap mulut sahaja.

Bagi saya seseorang Ketua Menteri mestilah ada harga diri dan maruah. Kalau sudah terbukti bersalah beliau mestilah meletakkan jawatan secara terhormat.

Saya memohon Najib Razak segera menukarkan Ketua Menteri Melaka ini secepat mungkin.

Jangan pula kerana marah tidak tentu pasal bercakap bagaikan Mat Rempit dan setaraf dengan kutu ditepi jalan.

Pada Sidang DUN Melaka hari ini Ali bercakap bagaikan seorang Mat Rempiy.

"Saya nak tanya Betty betul ke isu Elizabeth tidur dengan lelaki Melayu sedangkan mereka belum berkahwin, Yang Berhormat ada tengok tak video itu," kata Ali Rustam.

Tuan-tuan nilaikan sendiri.

Comments

Anonymous said…
di mana MB dapat itu video ?
Anonymous said…
saya ada bersama sebagai pemerhati. saya tidak berniat menyebelahi mana-mana pihak tetapi DAP pun apa kurangnya. walaupun saya lebih memihak kepada PR tetapi bila saya lihat kerenah ADUN DAP, saya jadi meluat terutamanya ADUN Ayer Keroh dan Ketua Pembangkang tuh. Kalau macam tu perangai.. nampaknya belum berjaya menambat hati saya untuk mengundi PR lagi. (mungkin tidak keluar mengundi lagi). Walau bagaimanapun saya masih respect pada betty yang sentiasa tenang dan tersenyum.
Saya lihat kebanyakkan ADUN BN hanya bertahan dengan provokasi DAP, di mana banyak serangan peribadi dilakukan dan bukannya mengusulkan sesuatu yang bakal membangunkan Negeri Melaka. BN tidak ada yang menyerang peribadi kecuali ketika penggulungan KM, di mana KM memulangkan paku buah keras terutama kepada ADUN Ayer Keroh...

p/s: Maaf saya malas nak tulis nama dia kerana memang tak suka lagak mcm ketua kongsi gelap.
zakaria said…
KO ape tau sofi? ko dengau cakap org kan? ko bukan ada dlm dewan. ko dengau cakap cina dap tu kan?
Anonymous said…
seluruh anggota tubuh badan yang tumbuh dari rezeki haram, maka segla niat, fikiran dan ucapan menjadi kotor dan lucah.
Anonymous said…
Kalau kaki rasuah pun boleh ditabal menjadi gabnur apa nak dihairankan dengan KM.