KESAL UNDI TIDAK PERCAYA DITOLAK SPEAKER

Ayer Keroh : Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Melaka, Ramli Dalip (gambar) kesal kerana usul undi tidak percaya DAP yang dikemukakan kepada Speaker DUN Melaka untuk dibahaskan pada persidangan DUN akan datang ditolak.

Usul tersebut dihantar kepada Speaker DUN Melaka oleh Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San yang juga ADUN Kesidang sebulan lalu.


Dalam laporan media minggu lepas Goh tidak berpuashati kerana usul tersebut ditolak sedangkan ianya telah memenuhi semua syarat.

Sidang DUN Melaka akan berlangsung dari 20 dan 23 April ini.

Ramli berkata Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Mohammad sepatutnya bertindak adil dengan membenarkan usul ini dibahaskan kerana ianya sangat penting kepada negeri dan rakyat Melaka.

Menurut Ramli, usul undi tidak percaya ini penting untuk melihat samada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masih mendapat kepercayaan Ahli Dewan Undangan atau sebaliknya. Jika usul itu ditolak selepas dibahaskan bermakna beliau masih mendapat kepercayaan untuk meneruskan tugasnya sebagai Ketua Menteri atau sebalinya jika beliau kalah maka Ali Rustam mesti meletakkan jawatan.

"Ketua Menteri yang terbukti terlibat dengan rasuah sepatutnya meletakkan jawatan namun sehingga kini beliau masih berdegil dan terus memegang jawatan tersebut tanpa segan silu".

"Sepatutnya beliau sebagai seorang Ketua Menteri mesti menjaga maruah diri dengan meletakkan jawatan, namun oleh kerana beliau sendiri sudah hilang maruah maka beliau sanggup meneruskan tugasnya sedangkan sepatutnya jawatan tersebut dipegang oleh seorang yang berintegriti, bermaruah, bersih dan telus" kata Ramli yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Ramli kesal kerana sepatutnya Speaker kena sedar bahawa usul ini penting kepada Ketua Menteri kerana jika usul ini ditolak pada persidangan DUN nanti bermakna Ketua Menteri masih mempunyai sokongan kuat dari ADUN.

Namun oleh kerana usul ini ditolak maka kita tahu mengetahui secara sah adakah Ketua Menteri masih mendapat sokongan jitu dari ADUN atau sebaliknya.

Katanya, Speaker harus mempertimbangkan semula usul ini agar ianya dapat diterima semula untuk dibahaskan pada persidangan DUN akan datang demi kepentingan rakyat dan negeri Melaka.

Comments

aljunuban said…
PAS lebih rela orang cina mengutuk, menghina dan menghalau orang Melayu drp berkuasa. dan itulah prinsip pas laknatullah dari dulu hingga kini.