Keputusan DUN Kuala Sepetang ; DUN Changkat Jering dan DUN Trong
Sila buat analisis sendiri dan buat post mortem sendiri mengapa :-
1) Orang Melayu termakan dengan tipu daya BN sehingga undi Orang Melayu berkurangan sedikit
1) Orang Melayu termakan dengan tipu daya BN sehingga undi Orang Melayu berkurangan sedikit
2) Mengapa PAS menang besar di Peti Undi kaum Cina dan peti undi campuran
Sumber : blog misabah
Comments
SPR tetap dipersoalkan atas penyelewengan yang berlaku,rekod pengundi tidak bersih.Kemungkinan besar pengundi hantu bertambah di pihak BN.
Isu undi melayu di DUN majoriti itu sebenarnya adalah kerana sikap dan ilmu orang melayu itu sendiri masih lagi gagal untuk berubah.
Mereka menganggap isu yang dimainkan oleh media arus perdana yang berkaitan istana dan rampasan k'jaan haram oleh BN itu sebagai 'benar' manakala yang salah itu MB DS Nizar serta k'jaan PR.
Ini tidak lain tidak bukan kerana penggantungan maklumat mereka masih lagi dari sumber yang dikuasai k'jaan.Di samping tidak caknanya mereka dgn perkembangan arus perdana serta lebih mementingkan hiburan semata.
Berbanding dengan kaum cina dan india,golongan ini tetap melihat isu rampasan itu sebagai sesuatu yang tidak kena.Semua ini tidak lain tidak bukan kerana mereka merujuk kepada maklumat dari sumber yang telus.
Akhbar cina yang terdiri dari pelbagai sumber berita yang begitu banyak ternyata menyerlahkan hasil tindakan bijak mereka.
Begitu juga dgn kaum india,walaupun mereka tidak punya sumber maklumat tidak sehebat kaum cina,namun keperihantinan kaum ini terhadap isu seperti kes kematian mendiang kugan amat terkesan sekali.
Secara umumnya masyarakat melayu yang telah hilang 'deria rasa ini 'adalah kerana kejayaan UMNO merosakkan 'iman' mereka untuk mengatakan tidak atas apa jua kederhakaan yang UMNO dilakukan.
Pegangan mereka terhadap sumber berita yang memaparkan kejayaan dan kebaikan k'jaan BN cukup kental.Di sini apa yang perlu dilakukan oleh pimpinan PAS samada di peringkat pusat atau negeri adalah menterjemahkan bahasa dari sumber berita yang dikeluarkan oleh akhbar-akhbar cina tersebut.
Saya pun tak pasti samada ia boleh dilakukan sedemikian.
Sekadar melontarkan idea saja...
JPN kena tanya PAS Kawasan yang jaga UPU ini , gerak kerja yang mereka buat sehingga undi PAS boleh naik, majoriti BN kurang sedangkan UPU Melayu lain boleh merudum undi PAS.
JPN jangan malu kepada PAS Kawasan ini.