KELANTAN CALON HUSAM TIMBALAN PRESIDEN?

PAS Kawasan di seluruh Kelantan memilih Husam sebagai calon Timbalan Presiden PAS? Tajuk utama akhbar Sinar Harian memaparkan tajuk utama PAS Kelantan pilih Husam.

Bagi saya tidak ada salahnya PAS Kawasan atau negeri menzahirkan siapa yang mereka sokong untuk apa-apa jawatan sekalipun. Mereka mempunyai hak berbuat demikian. Malah saya sangat yakin pimpinan dan ahli PAS amat matang dalam perkara memilih kepimpinan.

Sesiapa yang terkeluar dari batas-batas akhlaq Islam sudah tentu ditolak dan tidak akan naik menjadi pemimpin di mana-mana peringkat sekalipun. Sebab itulah bagi saya soal pemilihan dan pencalonan ini tidak perlu disorok-sorok malah lebih baik ia dibuat secara terbuka dan diumumkan.

Husam dan penyandang jawatan sekarang memang layak untuk memegang apa juga jawatan tertinggi parti. Masing-masing mempunyai kelebihan dan advantage masing-masing.

Comments

Budak Syburi said…
Sesiapa sahaja yang dicalonkan boleh bertanding untuk memantapkan parti. Cuma kita jangan bentuk team itu, team ini. Kerana apabila dibentuk team tentu akan berlaku politiking yang boleh menjejaskan ketenteraman parti.

Selamat berjuang untuk semua. Selamat bermesyuarat agong. Pilihlah calon-calon kesukaan anda.

Perwakilan pasti bijak menilai dan memilih.