KABINET BARU : SELAMAT PENCEN 'MIKE TYSON'

Ketua Penerangan Umno, Mat Taib yang tewas pada pemilihan Umno baru-baru ini menerima satu satu lagi perkhabaran buruk apabila dipencenkan dari jawatan menteri 'Kemas'. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Mat Taib atau lebih mesra dengan panggilan Mike Tyson terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya adalah ibarat penyapu buruk yang tidak berguna lagi. Itulah nasib pemimpin Umno apabila di'tendang' dari jawatan maka mereka tidak akan dikenang malah dicemuh kerana 'jasa' mereka mengkhianati rakyat semasa berkuasa.

Saya yakin tidak lama Mike Tyson akan menerima satu lagi igauan buruk iaitu jawatannya sebagai Ketua Penerangan Umno juga akan diragut dan diberikan kepada orang lain yang sealiran dan sekepala dengan Najib. Masih ramai 'budak-budak' Najib yang menunggu dan menganga mulut masing-masing untuk disumbat dengan jawatan samada dalam kerajaan, agensi kerajaan maupun Umno.

Antara 'wak yek' Najib yang mungkin dilantik menjadi Ketua Penerangan adalah Jamaluddin Jarjis (JJ) yang hobinya mer&^%. Selain JJ, rakan 'sepermainan' dengan Najib iaitu Rahim Thamby Chik juga sedang menunggu jawatan yang sesuai untuk difaraidkan kepadanya.

Maka berakhirlah karier politik Mike Tyson yang gagah berani. Tidak ada pemimpin lain yang sehandal Mike Tyson boleh bawa kahwin 'special' dan bawa duit 'cash' dengan banyak keluar negeri. Namun sehandal-handal Mike Tyson akhirnya beliau terjelupuk di kaki Najib dan Muhyiddin.

Comments

roh_insan said…
Mat taib leke,die tdk berpijak dibumi yg nyate,ingat nak jd Hang Tuah,tp die terlupe Hang Tuah juge akhirnye kecewe,setie hanye membabi bute.Itu lah nsib KUDE-KUDE TUE didlm umno,smp mase akan di tembak mati.Jase dilihat kpd KUASE.Hilang Kuase hilanglah Budi.
Anonymous said…
Agak2 sanggupkah menteri baru yang menggantikan Mike Tyson mencemar darjat serendah2nya ke luar bandar dengan tidur di rumah orang miskin yang daif? Merasa susah senangnya kedaifan rakyat mahrain di kampong. Yang ingin kita lihat ialah Tok Najip dan Tok Mahyudin ikut jejak langah Mike Tyson. Saya nampak ini satu2nya kelebihan Mike Tyson yang orang lain tak boleh tiru biarkan pemimpin dari parti islam PAS.