Banyak masa dan tenaga serta wang ringgit terbuang lantaran tindakan BN merompak kuasa dari kerajaan yang mendapat mandat rakyat iaitu PR.
Semuanya gara-gara BN tamakkan kuasa sehingga sanggup membelakang rakyat.
Sudah berapa kali saya tidak terbilang isu ini diulangi agar BN yang mendabik dada handal dan gagah membubarkan DUN Perak (itupun kalau BN benar-benar kerajaan yang sah).
Sudah berapa kali saya tidak terbilang isu ini diulangi agar BN yang mendabik dada handal dan gagah membubarkan DUN Perak (itupun kalau BN benar-benar kerajaan yang sah).
Kini semuanya menjadi haru biru dan 'tidak ketahuan' (kata orang utara). Saban hari dan minggu ada sahaja perbicaraan dijalankan di mahkamah berkaitan dengan kes ini. Nizar saman Zambry, Zambry saman Nizar dan sebagainya. Speaker dan Setiausaha Dewan juga terbabit sama, semua ini sepatutnya tidak berlaku dalam DUN dibubarkan dengan segera dan rakyat diberikan mandat untuk memilih kerajaan baru.
Samada BN atau PR menang kita serahkan kepada rakyat. Apa yang hendak ditakutkan kalau BN benar-benar hebat dan gagah. Selepas pilihanraya itu Zambry boleh memerintah dengan senang lenang dan boleh tukar kereta baru dan karpet baru di pejabatnya sekali lagi.
Comments
"TIDAK ADIL JIKA WAKIL RAKYAT LOMPAT PARTI TANPA PERSETUJUAN RAKYAT DAN MEREKA YANG LOMPAT PARTI SEPATUTNYA LETAK JAWATAN ADUN ATAU AHLI PARLIMEN YANG DISANDANGNYA."
Apa guna UMNO nak tamak kuasa satu negeri yang dikuasai PR, jika ianya menjadi sumpahan rakyat seluruh negara. Takut nanti banyak lagi negeri2 dibawah cengkaman penguasa2 UMNO semakin mengecil pada PRU13 nanti!
Kita perlu pro rakyat.
Kerajaan dari rakyat, oleh rakyat, kepada rakyat.
Kuasa kerajaan adalah amanah bukan khazanah.