HISHAM MENTERI DALAM NEGERI, POLIS AKAN PAKAI KERIS???

Semasa Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjadi Ketua Pemuda Umno beliau sering menggunakan keris sebagai simbol perjuangan pemuda Umno.

Beliau akan tampil di pentas dengan menghunus keris dan menciumnya. Malah semasa perhimpunan pemuda umno terakhirnya hujung bulan lepas beliau sekali lagi menghunus keris dan keris itu dihadiahkan oleh pemuda Umno kepada beliau.


Begitulah konon hebatnya semangat 'melayu' dan kepahlawanan beliau. Namun dalam isu bahasa Melayu beliau tetap menghina bahasa Melayu dengan mempertahankan PPSMI.
Semua orang tahu keris merupakan simbol senjata orang melayu purba kala. Cerita-cerita purba zaman P Ramlee memang diminati dan keris menjadi senjata utama. Antara keris legenda adalah Taming Sari dan lain-lain. Malah menara yang dibina di Melaka diberikan nama Taming Sari iaitu keris yang diterima oleh Hang Tuah atas kehebatannya membunuh pahlawan Majapahit ketika bertikam di hadapan Raja Majapahit dan Sultan Melaka di Istana Raja Majapahit.

Kini Hishamuddin diamanahkan oleh sepupunya Memanda Menteri Perdana, Tok Najib dengan jawatan Menteri Dalam Negeri. Mungkinkah selepas ini Hisham akan mengarahkan semua Polis memakai Keris yang diselitkan ditengah-tengah perut dan pistol dipinggang.

Jika Hishamuddin terlupa, mungkin beliau boleh mempertimbangkan cadangan saya ini. Saya mencadangkan perkara ini selepas mendapat sms dari rakan blogger, Hasbullah Pit yang bertanya kepada saya mungkinkah polis akan bawa keris? itu ayat dalam sms yang dihantar kepada saya sekejap tadi.

Comments

Zainal A. Kasim said…
Salam,

Minta maaf terlebih dahulu sebab nak komen sikit. Tetapi saya rasa ini ulasan dan perumpamaan yang kurang bijak dan merendah-rendahkan.

Pertamanya adakah saranan itu logik?

Keduanya adakah kerana memartabatkan keris sebagai simbolik di persidangan UMNO maka ianya kena digunakan pula secara rasmi oleh polis kita?

Apakah kerana menggunakan pemahaman yang sama, kelak bila Tan Sri Kadir Sheik Fadil jadi menteri dalam Negeri maka semua polis kena pakai bow-tie?
Anonymous said…
alaa boring laa pakcik zainal ni...

tak paham orang nak melawak dan nak menyindir...

hasil modal insan paklah la ni.
Ex-UMNO said…
Bagus juga UMNO tewas di dua Bukit.

Bayangkan kalau mereka menang, dah tentu 7 hari 7 malam mereka akan memekek lolong kegembiraan sambil mengutuk Pakatan Rakyat.

BN/UMNO sudah tewas di 4 - 0 dalam PRK selepas PRU12.

Adakah ini telah menandakan BN/UMNO sudah mula pulih?
sambalbilis said…
W'salam,

Minta maaf,En.Zainal ni melihat ulasan dlm blog sebagai apa.Jika dari sudut pandangan yang serius maka saranan itu memang lah tidak sesuai.
Tetapi dlm penulisan tersebut sdr sofi sekadar menulis bagi mempersendakan hishamudin atas tidakan kurang bijak dia semasa himpunan dulu.
Dan memang pun hishamudin itu kurang cerdik.Cuma dia beruntung kerana dtakdirkan lahir dlm keluarga yg mewah dan meneruskan legasi politik dari bapa dia.
Harap En.zainal jelas yer
Anonymous said…
Hisyam hanya berani berkokok atas pentas UMNO jer cium keris....tak lama lepas tu minta ampun pulak...apa ni??? pejuang apa benda???? pejuang nak tikam bangsanya sendiri adalah.....pejuang taik kucin....hampeh...semua lakonan jer...usah tertipu le.....lawak bodoh pemimpin UMNO yg kreatif menipu rakyat dan melayu.....
Anonymous said…
Nak kata takde ilmu kang, pandai.
semua orang pergi sekolah. tapi saya cukup takl faham.

nak memartabatkan Bahasa Melayu dalam dunia Metamatik dan sains? logik ke? dengan perubahan bahasa seperti Translasi, Papan Kekunci, Skrin, Layar Perak dan sebagainya. semua tu bukan bahasa melayu. semua tu bahasa pinjam, bahasa yang di olah supaya ia sesuai dengan keadaan semasa. macam babe, gua, lu, wak, dan sebagainya.

nak memartabatkan bahasa melayu, buat untuk budak sastera la. perkukuhkan institusi bahasa melayu anak-anak bangsa yang kebanyakan dapat B, C, malah ada yang gagal. kata melayu, bahasa sendiri pun tak tahu nak buat apa?