HARAPAN AGAR NAJIB MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA BUKAN PERDANA MENTERI BN

Perdana Menteri, Najib Razak semalam menyatakan kepada media bahawa beliau adalah Perdana Menteri kepada semua komuniti di Malaysia.

Sekali lagi beliau menekankan slogan lama yang direcycle semula iaitu hasrat mengujudkan One Malaysia. Suatu slogan lapuk yang dicat dan di'repair' semula.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas tentang 'one Malaysia' tetapi saya ingin menyentuh tentang hasrat Najib Perdana Menteri untuk semua komuniti.

Bagi saya Najib bukan sahaja perlu menjadi Perdana Menteri semua komuniti malah beliau mesti menjadi PM bagi semua rakyat tanpa mengira parti dan ideologi. Ini kerana kita lihat pada zaman lampau Perdana Menteri sering 'bias' atau tidak adil kepada rakyat dari parti-parti selain BN. Mereka tidak dibenarkan menggunakan kemudahan awam, media dan lain-lain hanya kerana mereka dari parti bukan BN.

Jadi saya harap Najib dapat membuktikan beliau PM bagi semua rakyat bukan untuk orang BN sahaja.

Comments

Kebana said…
Salam. Yolo doh demo kato tu. Kawe setuju :)
Anonymous said…
Kerajaan ini 'Kerajaan Malaysia', perdana menteri ini 'Perdana Menteri Malaysia'. Selagi projek Kerajaan Malaysia memakai nama 'satu lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional' maka dengan sendiri perdana menteri yang ada ialah Perdana Menteri Barisan Nasional. Hentikan labun untuk semua komuniti.