BUKAN 18 TAPI 26 ADUN TAK SOKONG MAT SAID

Sebenarnya 26 ADUN Terengganu yang tidak menyokong Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan iaitu 18 dari BN dan 8 dari PAS. Jadi jika mereka bergabung dan membentuk kerajaan negeri yang baru sudah pasti mereka adalah kerajaan yang kuat.
Hari ini Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.
Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.
"Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang," katanya kepada Malaysiakini.
Jadi dengan itu bahawa kedudukan Mat Said memang terumbang-ambing sekarang. Bila-bila masa beliau boleh diterajang dari kedudukan idaman Idris Jusoh iaitu kerusi Menteri Besar.
Namun begitu saya juga menyeru Mat Said menimbangkan untuk bergabung pula dengan PAS jika ditendang dari jawatannya. Jika Mat Said bergabung dengan PAS sudah tentu kumpulan beliau dan PAS kemungkinan besar boleh membentuk kerajaan campuran. PAS ada 8 ADUN dan hanya memerlukan 9 ADUN lagi untuk menubuhkan kerajaan dengan 'simple majority'. Tidak mustahil untuk ianya berlaku, jika Mat Said benar-benar ikhlas.

Comments

si lembik's said…
sebaiknya PAS ambil sikap berkecuali dalam hal ni...biar UMNO berantakan sesama mereka....silap2 haribulan Dun terengganu pula bakal di bubar