BN TERUS BIADAP TAK HORMATI SPEAKER

Tindakan Kerajaan BN Perak menghantar notis Sidang DUN serta agenda mesyuarat dengan membelakangkan Speaker DUN Perak merupakan suatu tindakan biadap dan kurang ajar untuk kesekian kalinya.
Notis panggilan mesyuarat yang dihantar oleh Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri yang disingkirkan oleh Speaker merupakan suatu tindakan barbarian dan membelakangkan prosedure Dewan.
Sejak BN merompak kuasa rakyat di Perak mereka terus bertindak sesuka hati dengan membelakangkan undang-undang dan peraturan DUN.
Saya yakin kejahatan dan kebongkakan BN ini tidak akan dilupakan oleh rakyat di mana rakyat akan bangkit menolak BN secara total pada pilihanraya umum akan datang.

Comments

Anonymous said…
apa nak jadi wahai saudara seislamku...bangsa kita kutuk mengutuk,cari kesalahan sesama bangsa sendiri..akhirnya melayu tinggal kebelakang..cina tepuk tangan,india tepuk dahi..sedang ketawa gembira melihat bangsa melayu bercakaran sesama sendiri.Sedangkan cina sesama mereka membina ekonomi..lihatlah...rumah mewah,kereta mewah,bisness besar kebanyakkan milik cina..orang melayu????Apa nak jadi dengan bangsaku...bila melayu nak maju kalau macam ni???binalah bangsa yang boleh dihormati..bukannya bercakaran mengatakan sendiri yg baik dan betul.x ada yang sempurna atas mukabumi Allah Taala ini selain Dia yg Maha Esa..kita semuanya akhirnya akan keliang lahat,berbungkus kain putih.Dosa dengan Allah..walau sebesar manapun..jika kita bertaubat nasuha..insya Allah Dia akan mengampuni kita(pada sesiapa yg Dia kehendaki)tapi dosa sesama umat manusia..selagi manusia itu tidak mengampuni dosa manusia yg satu lagi(terutama yg banyak berdosa,memfitnah,maki hamun hatta mengguriskan hati org walaupun sedikit)tak akan cium bau syurga..maka di padang mahsyar nanti manusia2itu akan brtebaran diantara lautan manusia untuk mencari manusia yg mereka telah lakukan kesalahan padanya..nauzubillah..Ya Allah ampunkan dosa saudara2ku yang bercakaran disini..pas atau umno..tiada bezanya di akhirat dan disisiNya..
Kenapa ada lagi orang yang suka main kan hal bangsa.
Si 'anonymous" ni orang Islam ke?
Baca betul-betul bahawa semua manusia dari Adam dan Hawa.
Asyik melayu, melayu dan melayu tak habis-habis.
baca quran, mana ada tulis melayu?

Okay, engkau suka main dengan hal bangsa.
kalau kaum Cina tak dapat nasi, kaum india tak ada nasi , iban tak ada nasi, Bajau tak ada makanan..melayu makan apa?
Melayu hidup dengan Makan rasuah ?
Sekejap kata melayu, sekejab kata Allah pula.
Agama seru buat hal bangsa?
Jawapan nya Bukan.
jangan jadi seperti umno, tak tau separate agama dan bangsa.

Yang penting ialah semua rakyat malaysia dapat hidup.
bukan nya soal bangsa dan bukan soal agama.
Kalau masuk rumah sakit kena suntik darah...tak bolih terima ke darah yang bukan melayu?
Engkau sendiri jawap lah, saya tak perlu jawap.

Saudara Sofi bukan sengaja hina yang lain. Chuma corak sampai kan mesej agak "blunt"..tumpul?
banyak lagi kena belajar cara selok dan belok sampai kan mesej.
Cara saya buat komen pon kena saya belajar supaya komen-komen dari saya bolih advance atau yang ber quality.

Memang lah saya punya BM tak ada baik. Dulu masok sekolah ejaan semua tak sama. Malah rumah sakit di ganti dengan hospital.
Dont blame me , i blame bn.