BN PENIPU TAK MAHU TANDING PRK PENANTI ELAK MEMBAZIR. INI BUKTINYA !!!

Ingatkah tuan-tuan bagaimana Barisan Nasional sewenang-wenangnya menyuruh Ahli Parlimen dan ADUN mereka meletakkan jawatan tanpa sebab yang kukuh hanya kerana untuk menukar Menteri Besar.
Perkara ini pernah berlaku selepas bekas Menteri Besar Selangor Muhammad Muhammad Taib meletakkan jawatan pada 1997 selepas dirinya dilanda dengan seribu satu masalah iaitu isu bawa lari wanita dan bawa duit 'cash' keluar negeri dengan banyak.
DUA kerusi dikosongkan iaitu Ahli Parlimen Kuala Selangor Abu Hassan Omar mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Selangor dan Adun Permatang Jamaluddin Adnan mengosongkan kerusi beliau pada 2 Mei 1997.
Pilihanraya kecil Kuala Selangor dan Permatang diadakan serentak pada 29 Mei 1997 dan Abu Hassan menang dan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dan Jamaluddin Adnan menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor. Tidakkah ini membazir? Mengapa BN melakukan perkara sedemikian yakni berani meletakkan jawatan sedangkan ianya sudah tentu membazirkan duit rakyat. Bukan satu DUN malah satu DUN dan satu Parlimen.
Sebenarnya bukan niat BN untuk tidak membazirkan duit rakyat dengan tidak bertanding di Penanti. Tetapi sebab sebenarnya ialah mereka tahu BN akan dimalukan dengan semalu-malunya kali ini setelah tewas 4-0 sebelum ini.
Terima Kasih kepada Pyan kerana mengingatkan saya semula kepada sejarah lama ini.

Comments

Anonymous said…
Huh...UMNO/BN tak boleh pakai lagi lah.....
harap penulis bongkar dan selongkar banyak-banyak kebobrokan UMNO/BN.....biar rakyat terbeliak mata.....
IbnAbdHalim said…
...dan timbalan pengerusi SPR pula berkata sudah tiba masanya undang-undang pilihanraya dikaji semula. Maknanya kalau wakil rakyat tak mati tak boleh ada PRK. Tak leh sedap-sedap letak jawatan kalau AP atau ADUN ada masalah peribadi.

Jadi kalau wakil rakyat tu tak boleh letak jawatan terpaksalah rakyat MENDERITA kerana tok wakil mereka tidak dapat menyempurnakan tugasnya. Dapat elaun butalah tu namanya. Kalau lagu tu akupun nak jadi wakil rakyat sebab boleh dapat elaun buta. Rakyat boleh mampus aku peduli apa? Itu yang SPR(UMNO) mahu?
Anonymous said…
dah nak buat macamana bila diri sanggup diperkuda dan diperbodohkan demi politik
Anonymous said…
Najib lebih sanggup beri pembangkang menang percuma daripada beri peluang rakyat berpesta mendengar berbagai ceramah yang akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan dirinya. Dia dah dapat agak dah apa yang akan berlaku disepanjang kempen PRK tu nanti...
-AYOP BHAI KL
Ayiem said…
4-1 akhi,kena kira walau pun yang undi tuh orang pendalaman....