Taring ada tapi sudah patah, kuku ada tapi sudah tumpul. Itulah yang terjadi kepada BN terutama Umno yang tiba-tiba menjadi lemah dan dayus tidak berani untuk masuk bertanding di Penanti. Sedangkan sebelum ini parti-parti lainlah yang sentiasa mencongak samada ingin bertanding atau tidak lantaran takutkan BN.
Kini keangkuhan dan kebongkakan BN dihukum oleh rakyat sehingga BN takut untuk berhadapan dengan rakyat di Penanti.
Mesyuarat MT Umno pimpinan Presiden Umno yang paling kontroversi digelar 'Bapa Kegagalan' tidak mencapai kata sepakat samada ingin bertanding atau tidak. Akhirnya menyerahkan urusan ini kepada Biro Politik Umno untuk memutuskannya.
Saya mencadangkan supaya Umno menyerahkan kerusi ini kepada MIC kerana Samy Vellu siang-siang lagi menyatakan bahawa BN mesti bertanding di Penanti. Nampaknya Samy Vellu lebih jantan dan berani dari Najib. Mengapa anak Tun Rahah ini dayus dan pengecut.
Apa yang pasti BN dan Umno sebenar takut untuk berhadapan dengan mahkamah rakyat sekali lagi setelah mereka dimalukan dengan semalu-malunya di Permatanh Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Malah Najib mula digelar sebagai Bapa Kegagalan selepas imej BN tercalar teruk akibat kekalahan demi kekalahan BN ini.
Najib tahu bahawa rakyat meluat dan terus muak serta loya dengan BN walaupun Umno dan MCA sudah membuat perubahan kepimpinan. Namun kepimpinan baru ini tidak ada bezanya selain meneruskan kezaliman, kelemahan, kebongkakan, ketamakkan dan lain-lain sebagaimana kepimpinan lama.
Sebab itulah Najib terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan samada bertanding atau tidak. Namun begitu saya yakin BN akan tetap meletakkan calon menentang PR sekurang-kurangnya menaja calon bebas. Kemenangan percuma tidak akan diberi kepada PR.
Comments