BERTINDAK SEGERA KE ATAS MB PAHANG DAN KM MELAKA

Perdana Menteri mesti bertindak serta merta dengan menukarkan sekurang-kurangnya 2 orang Menteri Besar dan Ketua Menteri kerana terbukti mereka telah melakukan kesalahan yang besar yang memalukan kerajaan BN.

Menteri Besar Pahang Adnan Yaakub dan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam adalah mereka yang sepatutnya dilucutkan jawatan masing-masing serta merta tanpa lengah lagi.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuantan mengeluarkan perintah mandamos terhadap menteri besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub supaya membayar pampasan sebanyak RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) dalam masa 14 hari.

SGM sebelum ini menyaman kerajaan negeri Pahang kerana enggan mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat berkenaan untuk mengeluarkan saki kayu balak diatas tanah milik Umno Bahagian Pekan di Mukim Bebar.

Pertikaian SGM - Kerajaan negeri gagal diselesaikan dan akhirnya syarikat berkenaan membawa kesnya ke mahkamah Tinggi, Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada SGM.

Berikutan itu kerajaan negeri diarah membayar sebanyak RM60 termasuk faedah kepada SGM tetapi kerajaan negeri tidak pernah membuat apa-apa pembayaran kepada SGM.

Kelemahan dan tindakan Adnan yang lembap. lemah dan menyalahgunakan kuasa sehingga kejadian memalukan di atas sudah cukup untuk menjadi alasan beliau mesti dilucutkan jawatannya.

Begitu juga dengan Ali Rustam yang dibuktikan oleh Lembaga Disiplin Umno telah terlibat dengan rasuah yang amat memalukan negeri Melaka dan Malaysia amnya.

Jadi saya menyeru Perdana Menteri supaya segera melakukan tindakan drastik melucutkan jawatan mereka untuk digantikan dengan orang lain.

Malah jika tidak ada calon lain yang layak dari BN saya cadangkan supaya Perdana Menteri mengarahkan DUN bagi kedua-dua negeri itu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan dan Menteri Besar serta Ketua Menteri baru yang telus, bersih dan berintegriti.

Comments

salam tuan blog..nampak buat rumah baru..semoga semangat baru dengan tumbangnya umno bn dimelaka..
aljunuban said…
semoga pas kekal kalah di melaka..
Anonymous said…
Nak bertindak mcm mana...dah itu kerja UMNO/BN....bagi pd rakyat jer nak tumbangkan UMNO/BN masa PRU 13 nanti...tunggulah ko situ Ali dan Denan.....nanti pengundi akan hantar ko berdua balik kg....nanti pengundi akan halau ko berdua keluar dr rumah MB