BERSIH SUDAH PUAS HATI?

Blogger yang sedang meningkat naik Nada Rakyat melontar suatu keluhan tentang sikap Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (BERSIH) yang menurutnya senyap sunyi selepas PR berjaya mencapai kemenangan yang agak gilang gemilang pada PRU 12 lalu.

Kalau sebelum itu BERSIH sanggup berdemonstrasi dan berarak ke Istana Negara namun selepas diberikan sedikit kemenangan nampaknya BERSIH seolah-olah berpuashati sehingga tidak lagi kedengaran gesaan dan cadangan BERSIH untuk merealisasikan suatu Pilihanraya yang benar-benar bersih dan telus. Sedangkan semua orang tahu Pilihanraya di Malaysia masih berjalan dalam suasana pincang, berat sebelah, tidak telus dan mempunyai seribu satu macam perkara yang boleh disangsikan.

Soalnya mengapa BERSIH sudah 'mandom' (Bahasa Utara) atau lesu tidak bermaya.? Apakah oleh kerana ramai aktivis BERSIH sudah bergelar YB maka mereka sudah berpuashati.? Bila kalah sahaja baru mereka sedar tetapi bila menang masing-masing leka dan tidak berusaha untuk memBERSIHkan sistem pilihanraya kita.

Cuma yang saya lihat sekarang hanya baju-baju BERSIH sahaja yang dipakai oleh rakyat Malaysia di serata pelusuk negara. Malah baju-baju tersebut mula lusuh seiring dengan lusuhnya semangat pejuang-pejuang BERSIH.

Ayuh pejuang-pejuang BERSIH mari kita semarakkan semula tuntutan dan gesaan BERSIH selagi Pilihanraya di Malaysia tidak BERSIH selagi itulah BERSIH mesti berjuang dan menuntut hak rakyat.

Comments

mawe™ said…
berdoa agar esok keputusan makamah menyembelahi speaker perak...dengan mengesahkan pegantungan zambry dan exco yg lain...adaikata pengatungan itu sah di makamah..maka..dun perak bakal bubar 29 april kelak..
marilah kita berdoa agar keputusan makamah esok adil dan telus
Soal Indelible ink macham mana?
Soal salah guna harta benda milik kerajaan untuk kempen macham mana?
Soal larangan isu Altantuya dan hal raja di masa kempen macham mana?
Soal polis tak beri permit ceramah macham mana?

Semua nya belum di BERSIH kan