BERANIKAH NAJIB BERTINDAK SEUMPAMA AHMADINEJAD?

Saya memang berniat untuk menukilkan isu ini sejak 2 hari lepas, namun kerana kesibukan akhirnya terlupa untuk menyentuh isu besar ini.

Syabas diucapkan kepada Presiden Iran Dr Mahmoud Ahmedinejad yang sekali lagi membuktikan keberanian beliau berkata yang haq walaupun dibenci oleh manusia.

Presiden Ahmadinejad kelmarin menyelar Barat yang menggunakan Holocaust sebagai alasan untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, di Geneva.

Terbukti beliau merupakan negarawan Islam yang bukan hanya beretorik tetapi berani berkatabenar walaupun dihadapan para penzalim dan penyokong negara zalim dan biadap tersebut.

Beliau tetap meneruskan ucapannya walaupun diganggu oleh 2 orang badut sewel yang membaling hidung badut ke arah beliau.

Pokoknya adakah pemimpin negara kita seperti Najib Razak berani bertindak seperti Dr Mahmoud AhmediNejad.??

Yang pasti Perdana Menteri kita kecut perut dan tidak berani menyaman media luar walaupun beliau didakwa melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah dibuktikan. Adakah orang seperti berani untuk menghentam Israel, Amerika dan Britain di atas kekejaman dan kezaliman mereka?

Comments

Anonymous said…
masalahnya adalah seluruh rakyat malaysiam menyokong pm nya sepertimana rakyat iran berdiri teguh di belakang ahmadinejad? kalau kite bersatu menyokong najib barulah beliau dapat bertindak menbawa suara malaysia menjulang dunia.ini sesama kite dalam negara pun kucar kacir bagaimana hendak menunjuk muka pada dunia
Unknown said…
Anonymous...Masalahnya mahukah rakyat dengan kepimpinan yang korup dan suka mengamalkan rasuah serta salah laku yang lain? Ahmadinejad disokong kerana ketokohan beliau memimpin dan mengamalkan kepimpinan yang telus. Beliau langsung tidak menggunakan kemewahan yang disediakan oleh negaranya untuk pemimpin malah pada saya beliau sama seperti Tok Gutu Nik Aziz yang tidak pernah menggunakan kemewahan yang diberikan oleh kerajaan negeri. Mungkin saudara tidak pernah cuba untuk mengenali lebih lanjut tentang pemimpin ini. Cuba layari mana-mana laman web dan lihat sendiri cara dan gaya hidup Ahmadinejad dan juga Tok Guru Nik Aziz Dan cuba bezakan dengan Najib dan mana-mana pemimpin lain. Saya yakin saudara dapat menilai.
Anonymous said…
nk support per kejadah...korup..mampuih wa tak sokong..pak jib-pak jib..scorpion oh scorpion..
abusofiyyah said…
meh kenali iran dan propaganda mereka bersama Amrika dan Barat mertaha umat islam Iran dan Afghanistan

tenteradajjal.blogspot.com
Anonymous said…
terlalu jauh membezakan najib dan ahmadinejad. tak kan ada org yang waras melainkan puak2 UMNO anti kebenaran yang akan berdiri dibelakang seorang pembunuh...
kelambuharimau said…
siapa yang mulakan rasuah dalam umno kalau bukan DSAI?ingat sewaktu DSAI mendapatkan pencalonan bagi tim presiden umno seketika dahulu? Cik Ghaffar yang mengasas umno di Sabah tapi kenapa hanya 1 bahagian yang mencalunkan beliau sebagai Tim Preseden Umno ketika tu?selidik punya selidik DSAI sudah bayar bahagian - bahagian untuk mencalonkan beliau..tak percaya tengok satu hari nanti apabila ada orang mahu lawan anuar dalam PKR. Semoga tuhan tunjukkan kebenaran satu hari nanti
Anonymous said…
Salam bro kelambu.. manusia ni x lari dari kesilapan.. lu pun x pernah buat salah ke? masalahnya klau buat salah kemudian kita sedari lalu menginsafinya, bukankah ia sesuatu yg dituntut agama. Jgn la klau dah buat salah tu org tegur buat derk jer.. pastu xder sikit pun nak rasa bersalah. yg paling terkutuknya, langsung xder menampakan cuba nak menginsafi tentang kesalahannya itu.

Apa cerita ali rustam yg sah didapati bersalah mengamalkan rasuah oleh dlm umno tapi x salah dan x di siasat langsung oleh sprm? so mana ketelusan? mana yg kata nak menginsafi? pooodahhhh... cerita boleh laa..