ALI RUSTAM, MAT SAID, MAT TAIB, SAHIDAN, ANNUAR MUSA, MAHDZIR KHALID, NAN YAAKUB TAK TIDUR LENA MALAM INI

Biasanya malam Jumaat begini ramai orang akan tidur lena maklumlah 'malam sunat'. Namun nama-nama yang saya sebutkan dalam tajuk posting saya ini kemungkinan besar tidak tidur lena malah mungkin terus tidak dapat melelap mata.
Apa tidaknya besok mereka ini bakal mendapat berita buruk atau baik. Tetapi ramai yang menjangkakan mereka-mereka ini akan mendapat berita malang iaitu dilucutkan jawatan dari menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri masing-masing.
Mereka ini tewas pada pemilihan MT Umno ataupun mempunyai masalah tersendiri yang menjadi sebab musabab Najib 'memecat' mereka. Ada juga yang memang tidak sebulu dengan Najib dan dicap sebagai penyokong kuat Tun Pak Lah (TPL).

Saya cadangkan mereka kalau tidak lena tidur elok rasanya solat tahajud dan solat hajat serta tidak lupa membaca Al-Qur'an itu adalah lebih baik dari menghirup koi 'kaw' sambil melakukan kerja-kerja yang mungkin tidak berfaedah.

Comments

Anonymous said…
mereka semuanya sudah kaya dan bergelar jutawan, rakyar tidak perlu bimbang dan memberi sebarang nasihat, rakyat hanya perlu fikir siapakah yang ikhlas membantu anda dalam situasi kesempitan hidup terkini..
zakaria @ black said…
ramalan meleset. tok ali kekal sebagai peneraju umno melaka. tahniahh..