Sekali lagi saya merayu kepada Ketua Menteri Melaka dan ADUN Bukit Baru, Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatannya serta merta sebelum beliau mendapat malu yang lebih besar jika disabitkan kesalahan oleh SPRM.
Saya yakin Ali sebenarnya masih mahu meneruskan tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri kerana bagi orang Umno pangkat dan kuasa adalah segala-galanya. Sebab itu mereka sangat tergila-gilakan kuasa dan pangkat walaupun amanah tersebut tidak dapat dijalankan selaras dengan perintah Allah dan Rasul. Mereka tidak takut kepada Allah yang mahukan pemimpin yang adil, amanah, bersih, telus dan tidak menyalahgunakan kuasa.
Mereka bukan sahaja tidak menjalankan perintah Allah dengan mentadbir secara Islam malah berani melanggar perintah Allah seperti mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya.
Oleh kerana sayangkan pangkat dan kedudukan maka pemimpin Umno begitu susah untuk meletakkan jawatan walaupun mereka telah terbukti bersalah dan tidak berintegriti.
Comments