ALI BAKAL DICANTAS 2 MINGGU LAGI?

Ada desas-desus menyatakan bahawa Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam bakal dipencenkan oleh Najib Razak dalam masa 2 minggu lagi. Benar atau tidak saya tidak dapat pastikan.
Bagi saya Mohd Ali patut meletakkan jawatan serta merta, jangan nanti dimalukan dengan lebih teruk dengan 'pemecatan' beliau oleh Najib.
Malangnya Mohd Ali masih terus mempertahankan jawatannya tanpa memikirkan tentang maruah dan harga diri. Malah beliau tanpa segan silu mempertahankan jawatannya dengan mengatakan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan cuma ianya berlawanan dengan etika dalam Umno.
Senang sungguh Mohd Ali memperbodohkan rakyat. Jawapannya itu menunjukkan bahawa beliau merendah-rendahkan rakyat. Sedangkan semua orang tahu bahawa beliau terlibat dengan rasuah politik wang yang menyebabkan beliau dihalang dari bertanding dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

Comments

Salam

PR Melaka lemah atau UMNO terlalu kuat?
zakaria @ black said…
PR melaka lemah dan lemau. Memalukan melayu apabila PAS n PKR terang-terang sokong cina DAP untuk menjahanamkan Melayu.
Anonymous said…
YANG MENJAHANAMKAN MELAYU, MALAH AGAMA ,RAKYAT, DAN NEGARA ADALAH BN KHUSUSNYA UMNO SELAMA INI....JGN TAK TAU....SEMUA ORANG KAMPUNG DAH TAU...
Anonymous said…
kesian pak ali.....pengikut2 dia lagi kesian....terkonteng2 lah....sekarang pun dah ramai yg berbelah bahagi....dgr dah ramai tercari2 siapa bakal gantikan pak ali...senang dia orang nak himpit awal2 lagi...pak ali bagaikan habis madu sepah dibuang...
eloklah pak ali cari keredaan Allah SWT, daripada cari keredaan manusia dlm sisa2 pemerintahannya.....