UMNO SEMAKIN PUNAH, RETAK MENANTI BELAH

Masalah rasuah sudah membarah dan pasti tidak dapat diubati. Rata-rata pemimpin, perwakilan dan ahli terlibat dengan rasuah dan politik wang.
Semalam bakal Presiden pencen, Dollah Badawi yang semakin kusut masai kecewa dengan sikap anggota Umno yang suka memfitnah. Sudah rasuah fitnah pula, bila agaknya Umno hendak berubah dan bertaubat.
Dollah mengingatkan Ahli-ahli UMNO supaya menghentikan perbuatan fitnah, bercakap bohong atau memburuk-burukkan sesama rakan menjelang pemilihan UMNO kerana itu bukan cara mendapat undi untuk mengalahkan calon yang bertanding jawatan-jawatan tertentu.
Saya yakin budaya fitnah menfitnah sudah menjadi wirid harian anggota Umno menjelang pemilihan. Mereka gunakan cara ini untuk berkempen dan menang sebab itu Dollah terpaksa bercakap soal ini.

Menurutnya, perbuatan fitnah memfitnah, kata mengata atau memburuk-burukkan seseorang bukan menjadi asas kepada ahli untuk memilih kepimpinan UMNO.
Tak lama lagi Umno akan ditalkinkan.

Comments