Saya setuju sangat dengan pandangan dan pendapat rakan blogger kita ini saudara Ajijoi yang menjelaskan bahawa Umno lebih sudu dari kuah sentiasa mendahului Baginda Sultan.
Tulisan Ajijoi di bawah ini :
Sultan Perak tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan semenjak berlakunya rampasan kuasa oleh umno/bn.Tetapi umno/bn telah melantik diri mereka sendiri sebagai jurucakap kepada Sultan Perak apabila setiap hujah Pakatan hanya dapat dibalas umno/bn dengan kata-kata "tiada perkenan Sultan" dan "derhaka kepada Sultan".
Zambry yang masih takutkan bayang-bayang sendiri telah mengeluarkan 2 kenyataan seakan-akan bagi pihak Sultan.Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada hak untuk memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kata Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Siapakah Zambry yang berani mendahului Sultan Perak di dalam menentukan siapa yang berhak mengadap Sultan?Dr. Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan pembangkang membina tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini serta menanam lima batang pokok "sebagai tanda dan kemuncak penderhakaan kepada institusi Raja".
"Tindakan yang dibuat itu adalah simbolik dan secara terang-terangan menunjukkan tindakan penderhakaan kepada Tuanku Sultan dan institusi Raja di Perak."katanya.Pokok yang sebegitu juga menakutkan Zambry sehinggakan pokok juga dituduh menderhaka kepada raja?
Gunakanlah PhD yang kamu ada untuk berhujah secara matang dan berilmiah dalam menegakkan kebenaran tindakan yang kamu lakukan. Janganlah hanya memberikan kenyataan pengecut yang sentiasa berselindung disebalik sultan dan juga dibalik rombongan polis yang sentiasa mengepung kamu daripada berjumpa rakyat.
Segala perlembagaan dan undang-undang negeri Perak telah kamu injak-injak dan robek-robekkan sehingga rakyat tidak tahu lagi yang mana benar dan yang mana palsu.Hentikanlah perbuatan memperguna nama istana kerana ianya akan memburukkan lagi kedudukan istana dimata rakyat. Dan yang paling penting, nama kamu dan umno/bn itu sendiri akan diperingati sebagai pengkhianat yang merosakkan bangsa dan raja melayu di negeri Perak.
Comments