Media terus mencanangkan bahawa Umno serius menangani rasuah sebab itu Umno sanggup menghukum Naib Presidennya Mohd Ali Rustam dan lain-lain.
Namun bagi saya ianya hanyalah retorik sahaja kerana pada masa yang sebahagian aduan berjumlah 1000 kes tidak disiasat dengan serius di mana ada aduan langsung dibakul sampahkan.
Malah pimpinan dan ahli yang dihukum kerana terlibat dengan rasuah tidak dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk selanjutnya. Jika Umno benar-benar serius semua ahli yang disabitkan kesalahan seperti Ali Rustam mesti dihadapkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut dan hukuman mesti dijatuhkan jika mereka bersalah.
Selain itu 1000 kes yang diadukan kepada Jawatankuasa mesti dilaporkan kepada SPRM jika Umno benar-benar serius menangani rasuah. Jika ini tidak dilakukan oleh Umno maka terbukti Umno hanya ingin menjadikan isu ini sebagai umpan untuk menarik semula sokongan rakyat.
Saya yakin rakyat faham dan sedar taktik dan niat Umno untuk menipu rakyat dan cuba menunjukkan Umno sudah berubah.
Comments
Nampaknya peluang Hishamudin nak jadi naib presiden umno.Mukhriz juga terkena tempias kemarahan mereka keraan dr Mahathir cadangkan Ali Rustam letak jawatan Ketua Menteri melaka.Mereka menuduh Dr Mahathirlah punca pergolakan yang membawa kejatuhan UMNO.
Kedengaran khabar angin bertiup kencang penyokong-penyokong Pak Lah bercadang menumbangkan Muhyiddin,Hishamudin,Mukhriz dan Jamaluddin Jarjis untuk melemahkan Najib.
Jika benar,Najib akan jadi PM paling tak popular di malaysia dan menewaskan pemegang trofi sebelum ini tak lain dan tak bukannya sifunya sendiri Dr Mahathir
Habislah peluang muhyiddin,hishamudin,mukhriz dan jamaluddin jarjis.
penyokong mat taib pulak sakit hati kat dr mahathir pasal kutuk mat taib tak reti cakap inggeris.
buat apa cari musuh tok memanda pencen mahathir.
tak pasal-pasal ramai yang benci kat mantan memanda ni