Tindakan pihak tertentu menampal gambar Datuk Seri Najib Razak pada kereta Sinar Harian di Seremban semalam membuktikan bahawa Najib memang tidak disukai oleh rakyat sehingga mereka sanggup menampal gambar-gambar kontroversi tersebut.
Kita tidak mengetahui siapa yang menampalnya tetapi ini mungkin ada kaitan dengan pemilihan Umno dan situasi politik semasa di mana Najib terus menerus dihentam oleh akhbar-akhbar luar negeri dan akhbar alternatif tempatan yang mengaitkan beliau dengan isu-isu kontroversi beliau.
Mungkin beliau mempunyai musuh dalaman Umno dan musuh politik di luar Umno yang sanggup melakukan perkara ini.
Saya juga tidak menolak kemungkinan ada pihak-pihak tertentu melakukan sabotaj untuk memburuk-buruk pihak lawan politik mereka.
Selain itu sejak akhir-akhir ini di kalangan penyokong Umno sendiri begitu serius membantah penyerahan tampuk pemerintahan negara dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib.
Antara bantahan yang dibuat ialah usaha 2 ahli Umno iaitu ketua Umno bahagian Muar, Datuk Kadar Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun dari Selangor yang memintah ROS menghalang Perhimpunan Agong Umno dari diteruskan.
Selain itu Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim juga mencadangkan kepada DYMM Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong supaya memilih orang lain untuk menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
Selain itu Pimpinan PR juga lebih cenderung agar Abdullah tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dalam masa terdekat.
Mungkin ada pihak-pihak yang terpengaruh dengan situasi politik yang dilihat tidak menyukai Najib dan mereka bertindak melakukan semua ini. Samada ianya musuh dalaman atau luaran yang tidak menyukai Najib tidak dapat kita pastikan.
Saya mencadangkan siasatan dilakukan untuk mengetahui siapa yang melakukannya dan jika ianya menyalahi undang-undang maka pihak terbabit hendaklah didakwa jika terdapat bukti kukuh.
Comments