TAK REDHA DUIT KAMI DIGUNAKAN UNTUK ZALIMI RAKYAT

Saya yakin tuan-puan pengunjung blog ini bersetuju dengan saya bahawa kita semua tidak redha duit kita (bayar cukai) digunakan oleh kerajaan BN yang zalim menyiksa dan menyakiti rakyat pada peristiwa hitam semalam.

Cuba bayangkan berapa banyak duit rakyat digunakan untuk membeli bom asap yang diimport dari Amerika, membeli air kimia, membeli minyak kenderaan & helikopter dan lain-lain.

Semua peralatan itu dibeli dengan menggunakan duit rakyat. Malangnya duit kami ini digunakan untuk membeli peralatan untuk membantai kami semua.
Kami tidak redha walau sesen pun duit kami digunaka untuk tujuan kezaliman dan kebobrokan seperti ini. Kamu akan dituntut di Yaumil Mahsyar nanti.

Adakah kamu yakin kamu akan terlepas dari mahkamah Allah?????

Comments

Anonymous said…
Saya rasa Cukai yang telah dan akan saya bayar tidak bererti lagi...
Ianya seolah-oleh dikutip untuk kemudratan kami pula sebagai rakyat...
Sepatutnya duit cukai digunakan untuk keamanan,keselesaan dan perkara-perkara lain yang berfaedah untuk rakyat, tapi perkara sebaliknya berlaku...
Kadang-kadang saya sebagai pembayar cukai terfikir wajarkah saya membayar cukai setiap tahun kepada kerajaan sekarang (kerajaan Zalim BN) melalui LHDN....
Wajar, jika kerajaan sekarang bukan kerajaan BN...
Ayuh gunakankan bahasa UNDI anda untuk menolak BN diseluruh negara...
kita mulai dengan Pilihanraya kecil di Bkt. Gantang, Bkt. Selambau, Btg. Ai dan seterusnya di DUN Perak, dan seterusnya di mana-mana sahaja pada masa akan datang...
Saudara Sofi,

polis sanggup bunoh Kugan,
polis sanggup bom Altantuya , polis sanggup rogol dalam lokap, polis sanggup buat bahan bukti lenyap dari bilek tahanan ,
polis sanggup belasah penduduk Cheras Mahkota kerana sebatang jalan kecil ,
polis sanggup belasah YM Raja Petra di balai Dang Wangi ,
polis juga sanggup hentam DSAI dengan kaw-kaw nya di Bukit Aman , polis juga sanggup rakam kan OKT wanita dalam keadaan bogel walaupon azan sudah kedengaran , polis sanggup halang ADUN Perak dari masok Dewan Negeri walaupon polis yang bersalah.

Apa lagi yang polis tak sanggup buat?
Anonymous said…
Teman selalu nilai semua pekerjaan untuk kemakmoran negara baik belaka. Tapi polis pulak yang bodoh bodoh. Tak pikir anak2 deme tak dapat keputusan UPSR dengan baik sebab masalah bahasa. Deme cuma tahu, tak lulus UPSR pun takpe, boleh masuk sekolah menengah, lepas tu jadi polis untuk belasah orang lagi. Jawatan kosong dalam jabatan polis memang banyak sebab orang bijak taknak jadi polis bodoh. Teman pun pembayar cukai. Teman akan berkira pasal cukai teman yang digunakan untuk aniaya orang. Tak halal duit gaji kome makan kot kome aniaya orang yang memperjuang bahasa, bangsa dan negara.
Tok Sagor said…
Semasa Tok masih kecil,Tok pernah bercita-cita untuk menjadi Polis, untuk menjaga keamanan negara. Nampak gah dan bangga rasanya bila dapat menjadi Polis kelak. Begitu jua keadaannya kepada hampir semua teman-teman tok.
Tapi kini.. semuanya sudah jelas, menjadi polis tidak lagi menjadi sesuatu yang dibanggakan oleh ibubapa. Mana-mana anak Tok yang pernah ingin menjadi Polis,dengan segera Tok halang dengan memberi sebab-sebab kenapa anak-anak Tok tidak sesuai menjadi Polis. Semuanya kerana Tok perhatikan instusti sudah tidak telus lagi, ianya telah menjadi alat UMNO/BN untuk mengekalkan pemerintah zalim mereka. Polis telah digunakan untuk menghalang, memukul, mengebom dan membedil rakyat jelata yang telah memberi cukai pendapatan untuk membayar gaji polis-polis itu. Tapi sedarlah, rakyat kini tidak bodoh, rakyat pasti akan menumbangkan pemerintah yang telah salah menggunakan kuasa dan amanah yang diberikan untuk menguruskan negara ini demi kemakmoran rakyat,,bukannya untuk kekayaan sendiri dan kroni mereka.

aku memang tak redha duit aku bayar cukai untuk zalimi rakyat sendiri!

Bapak2 polisi ni tak tau ke tindakn mereka ni mencemarka gaji yg depa dapat. Lepas tu, bagi makan anak bini. Esok, anak jadi benak kepala otak, mula la pening!

Moral: Tak yah la pilih polis sebagai kerjaya!